Ini Sebabnya Sam LaBeouf Bersara Dari Berlakon Filem Keempat 'Transformers'


Watak Sam Witchwicky merupakan antara watak yang cukup ikonik dalam filem Transformers arahan Michael Bay. Watak yang dilakonkan oleh Shia LaBeouf itu nampaknya terhenti hanya setakat filem ketiga sahaja apabila filem keempat Transformers menampilkan watak baru lakonan Mark Wahlberg!


Mungkin ramai yang tertanya tanya kenapa Shia LaBeouf tidak muncul dalam filem keempat Transformers. Namun, menurut satu temubual bersama MTV ketika mempromosikan filem ketiga Transformers iaitu Dark of the Moon, Labeouf sendiri pernah menyatakan bahawa filem tersebut merupakan filem terakhir lakonannya.

Menurutnya, watak Sam sudah tamat kisahnya dalam filem ketiga dan watak itu tiada arah tuju lagi selepas filem ketiga. Malah, watak tersebut dikatakan kurang dari aspek pembangunan karakter dan menjadikannya semakin membosankan. 

Namun, ketiadaan Shia LaBeouf dalam filem keempat Transformers tidak memberikan apa apa kesan apabila filem dengan watak baru, Cade Yaeger itu menjadi filem dengan kutipan tertinggi dalam francais berkenaan. 

REVIEW FILEM TRANSFORMERS



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan