Ini Cara Bagaimana Adegan Jijik Filem 'I Spit On Your Grave' Difilemkan!

I Spit on Your Grave yang ditayangkan pada 2010 merupakan antara filem yang paling sadis dan mengerikan bagi sesetengah penonton. Filem yang merupakan sebuah remake dari filem bertajuk The Day of the Woman terbitan tahun 1978 ini menggunakan elemen rogol sebagai tema dan membuatkan penonton rasa terganggu.



Filem ini memaparkan adegan rogol dengan sangat realistik walaupun penggunaan trik kamera menjadi satu rahsia adegan tersebut. Namun, pelakon yang terlibat dalam filem ini, Jeff Branson, menurut IMDB mendedahkan yang pelakon Sarah Butler diberikan 'safe word' yang boleh digunakan jika adegan rogol tersebut menjadi tidak terkawal.

Tetapi, sepanjang penggambaran, Sarah Butler tidak pernah menggunakan 'safe word' yang diberikan. 

Ini merupakan antara filem lakonan Sarah Butler yang cukup mencabar dan dia mengambil masa satu minggu untuk memutuskan untuk terlibat dalam filem berkenaan.

Ketika tayangannya, filem ini berjaya mengutip USD572 ribu sahaja dari bajet pembikinan sebanyak USD2 juta. Walaupun gagal dari segi kutipan, filem ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri sekaligus menyebabkan beberapa sekuel filem ini diterbitkan terus ke DVD beberapa tahun kemudian. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan