Gerak Badan Optimus Prime Dalam 'Transformers' Diinspirasikan Dari Pelakon Aksi Ini!


Transformers yang ditayangkan pada 2007 merupakan sebuah filem yang memulakan sebuah francais besar. Sepanjang tayangannya, filem tersebut berjaya mengutip sebanyak USD710 juta di seluruh dunia dan kemudiannya berterusan sehingga beberapa filem yang berjaya mencatat kutipan menguntungkan walaupun mendapat kritikan negatif dari pengkritik.



Watak yang paling popular dalam filem tersebut semestinya watak pemimpin Autobot, Optimus Prime. Ramai sudah mengetahui bahawa suara watak tersebut menggunakan suara Peter Cullen yang sememangnya terkenal dalam francais animasi Transformers.

Namun, amat mengejutkan apabila dalam komentari DVD filem Transformers, Michael Bay mendedahkan bahawa pergerakan badan watak Optimus Prime sebenarnya mengambil rujukan pelakon aksi terkenal Liam Neeson.

Jadi, setiap kali aksi pertarungan Optimus Prime bersama dengan robot Decepticon, kita sebenarnya seolah-olah melihat Liam Neeson dalam rupa bentuk robot. 

 

REVIEW FILEM TRANSFORMERS



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan