Filem 'The Tomorrow War' Ramal Pasukan Bola Sepak Yang Bakal Ke Final Piala Dunia Qatar 2022, Tapi...

Demam Piala Dunia Qatar kini masih melanda. Pusingan demi pusingan, ada yang tumpas dan ada yang berjaya. Namun, jika korang nak tahu siapa yang akan ke final sebelum final Piala Dunia yang sebenar, korang boleh pergi ke Amazon Prime dan tonton filem The Tomorrow War.



Filem The Tomorrow War yang menampilkan Chris Pratt dan JK Simmons ini mengisahkan tentang pasukan tentera dari masa depan yang muncul di masa kini untuk mencari askar untuk menumpaskan makhluk misteri yang menyerang bumi.

Dalam satu scene pembukaan, tentera masa depan muncul betul-betul di dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2022 yang mana menyaksikan pasukan Brazil yang menentang sebuah pasukan misteri. (tonton babak di sini)


Namun, sudah pasti ramalan ini tidak benar sama sekali apabila Brazil sudah pun tumpas apabila menentang Croatia pada 9 Disember 2022 yang lalu.


Bagi yang masih bermimpi dan mengharap Brazil ke final Piala Dunia, bolehlah tonton The Tomorrow War di Amazon Prime. 
===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan