Wilhelm Scream, Suara Orang Menjerit Paling Popular Di Hollywood!

Bagi yang pernah menonton filem Hollywood, pastinya akan terasa seperti ada suara jeritan yang nampak sama diantara semua filem. Stock audio jeritan ini dikenali sebagai Wilhelm scream ataupun jeritan Wilhelm. Ianya ialah stock audio yang cukup popular sehinggakan ramai pengarah filem akan menyelitkan audio ini dalam mana mana filem mereka.



Bagi yang tidak memahami apa itu contoh audio Wilhelm scream, boleh tonton di bawah:


Persoalannya sekarang, dari mana asalnya audio jeritan ini? Ianya ialah suara jeritan yang terkenal yang dimulakan daripada filem Distant Drums terbitan tahun 1951. Nama audio tersebut pula dinamakan sempena Private Wilhelm, sebuah karakter dari filem The Charge at Feather River, sebuah filem koboi tahun 1953 yang mana wataknya dipanah busur di paha! Ini merupakan filem ketiga yang menggunakan audio ini ketika audio ini berada dalam pustaka audio Warner Bros.

Tiada siapa tahu siapakah pemilik suara jeritan tersebut. Namun, ramai yang percaya bahawa jeritan itu dilakukan oleh pelakon Sheb Wooley. 

Antara filem hebat yang pernah menggunakan audio jeritan ini ialah Transformers (2007), The Forever Purge (2021) dan banyak lagi. 
===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan