Pelakon Di Sebalik Watak Gabriel Dalam 'Malignant' Tidak Guna Kesan Khas!

Malignant, filem terbaru arahan James Wan berjaya memberikan rasa thrill yang baru dan segar bagi penonton yang menantikan filem terbaru arahan pengarah yang popular dengan francais Saw dan The Conjuring itu. Malah, dalam filem Malignant, kita didedahkan dengan watak Gabriel yang mana merupakan parasit yang menumpang di kepala Madison.

Gabriel didedahkan sebagai imaginasi Madison pada awalnya namun mengejutkan penonton apabila ianya merupakan sebuah ketumbuhan kembar yang tidak berjaya dibuang dalam satu proses pembedahan.

Menariknya, Gabriel ini dipaparkan bergerak dalam keadaan terbalik dan ianya pastinya memerlukan aktor yang betul betul hebat untuk melakukan gerak fizikal yang unik itu.

Watak Gabriel dilakonkan oleh Marina Mazepa, seorang pelakon dan model dari Ukhraine. Dalam temubual bersama Cinemablend, James Wan memerlukan pelakon yang boleh melakukan pergerakan terbalik yang realistik dan dia bertemu dengan Marina Mazepa yang mampu melakukan pergerakan tersebut.

Marina [Mazepa] was an incredible find. We could not believe it. I thought I had to shoot a lot of the movie in reverse and then play back in reverse. What was amazing about Marina is just how quick of a study she is as a sort of physical body performer/dancer, that she was able to learn the choreography, and she literally did all the fighting backwards blindly. She did it all backwards blindly! And it was insane to sort of watch how that was all choreographed.
Ketika Marina Mazepa mengambil alih peranan Annabelle Wallis, topeng dikenakan supaya penonton tidak dapat melihat perbezaan pertukaran pelakon itu. Malah, adegan pergaduhan di lokap polis itu dilakukan sepenuhnya Marina Mazepa tanpa trik CGI.

That huge fight in the holding cell was all done by Marina. There was no sort of trickery, if you will; we didn't cheat in any way. She did that all backwards. And so it was a combination of what she did there, and what prosthetic makeup did as well. So we applied a prosthetic life cast of Annabelle's face, and she will wear it on her actual face. And then on the back, she'll be wearing an animatronic head of Gabriel. And so a combination of that, with the amazing special effects team that I had on the film.

Malignant berjaya mengutip USD35 juta sepanjang tayangannya di seluruh dunia dari bajet sebanyak USD40 juta. Ketika tayangannya, filem ini ditayangkan serentak di pawagam dan juga HBO Max kerana kekangan pandemik. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan