'Kung Fu Hustle' Bukan Filem Terlaris Arahan Pengarah Stephen Chow!

Stephen Chow sememangnya dikenali dengan filem-filem komedinya seperti Fight Back To School (1991), Shaolin Soccer (2001) dan juga Kung Fu Hustle (2004). Filem filem ini dikenali kerana mempunyai komedi yang agak lain dan unik sekaligus menjadikan Stephen Chow antara pengarah yang ada identitinya yang tersendiri.

Sebelum korang baca lanjut, jangan lupa join Group Netflix Terbesar Malaysia dengan klik sini.



Filem Shaolin Soccer berjaya mendapatkan kutipan sebanyak USD50 juta seluruh dunia ketika tayangan manakala filem Kung Fu Hustle pula berjaya memperoleh pendapatan sebanyak USD106 juta seluruh dunia.

Namun, dua filem itu bukanlah filem dengan kutipan tertinggi arahannya. Pada 2016, Stephen Chow hadir dengan filem The Mermaid, sebuah filem tentang duyung yang diinspirasikan dari kisah Disney. Filem tersebut berjaya mencatatkan kutipan sebanyak USD553 juta sekaligus menjadi filem arahannya dengan kutipan tertinggi.

The Mermaid membariskan pelakon seperti Lin Yun, Deng Chao, Zang Yuqi dan Show Lo dan kini boleh distrim di Netflix. 

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan