Anak Tempatan Terlibat Bikin Kesan Khas Filem Alien Mengawan Popular 'Species'

Species, 1995 merupakan sebuah filem sains fiksyen yang cukup dikenali kerana jalan penceritaanya. Filem yang diarahkan oleh Roger Donaldson itu dibintangi oleh Ben Kingsley, Michael Madsen, Alfred Molina, Forest Whitaker dan ramai lagi. Malah, ianya turut menampilkan lakonan pertama Natasha Henstridge.



Namun, ramai yang tidak tahu bahawa ada anak tempatan dari Malaysia yang terlibat dengan filem ini. Shahril Ibrahim, anak tempatan dari Malaysia turut terlibat sebagai pembikin kesan khas filem ini.

Jika anda mencari nama Shahril Ibrahim di IMDB, namanya turut dikreditkan untuk beberapa filem Hollywood hebat era 90an seperti Turbulence (1997), Outbreak (1995), Multiplicity (1996) dan juga Desperate Measures (1998).

Kini, Shahril Ibrahim masih berada di Amerika Syarikat dan pernah bertindak sebagai Pengerusi Khazanah Nasional USA, dan juga Penasihat bagi beberapa badan korporat di sana. 

Shahril Ibrahim mungkin seorang daripada permata Malaysia yang mengharumkan nama Malaysia di persada Hollywood. Ada banyak lagi rakyat Malaysia di belakang tabir filem filem Hollywood yang mungkin tidak didendang. 


===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan