Yusof Haslam Jawab Mitos Jadi Pelakon Extra 'Do Re Mi', Dedah Bayaran Era P. Ramlee

Sebelum menjadi pengarah filem dan juga pelakon utama, Datuk Yusof Haslam pernah terlibat dalam filem P. Ramlee bertajuk Laksamana Do Re Mi yang ditayangkan pada tahun 1972. Rata-rata artikel di internet menyatakan bahawa Yusof Haslam memegang watak sebagai pengawal Menteri Fasola.

Namun, selepas sekian lama, pengarah yang cukup dikenali dengan filem era 90an itu menepis dakwaan itu. 

Menurut temubual bersama radio Sinar, memang benar dia terlibat dengan filem berkenaan tetapi bukan sebagai pengawal Menteri Fasola. Dia hanya menjadi tukang sorak sahaja dalam satu adegan pertarungan di dalam filem berkenaan.


Yusof Haslam juga mendedahkan yang dia dibayar sebanyak RM4 untuk babak tersebut dan ketika itu, RM4 ibarat RM40 di zaman sekarang.

Berikut ialah babak tersebut. Kredit foto: Repair Gambar Lama


Yusof Haslam mula mengarahkan filem pertamanya, Bayangan Maut (tonton sini).


Syarikat produksi beliau, Skop Production akan muncul dengan filem terbaru mereka, Abang Long Fadil 3 yang akan ditayangkan di pawagam mulai 8 September ini. 


===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan