'Born To Fight' Filem Aksi Thailand Remake 1984 Guna Atlet Sebenar!

Sekitar awal 2000, Thailand mula meledak dengan filem-filem aksi Muay Thai selepas kemunculan Ong Bak Pada 2004. Antara filem ikonik yang dikenali dan menjadi lagenda sehingga kini ialah Born To Fight, sebuah filem aksi non stop yang diterbitkan pada 2004.



Born To Fight ataupun tajuk asalnya, Gred Ma Lui merupakan filem yang diarahkan oleh Panna Rittrikai yang pernah mengarahkan Ong Bak. 

Selain menampilkan pelakon utamanya, Dan Chupong sebagai Dew, filem ini turut menampilkan lagak aksi dari pelakon yang bukannya pelakon sebenar. Kebanyakan pelakon filem ini yang turut mempersembahkan aksi-aksi lasak datangnya dari barisan atlet nasional Thailand sendiri.

Atlet yang muncul dalam filem ini terdiri dari atlet sukan bola sepak, ragbi, taekwando, gimnastik malah sepak takraw!


Dengan pelakon yang cukup banyak dan aksi lasak tanpa bantuan tali dan juga CGI, Born To Fight menjadi filem yang mahal dengan kos pembikinan mencecah USD1.25 juta.
===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan