Sebelum Terkenal, Megan Fox Jadi Stripper Pada Umur 15 Tahun Dalam 'Bad Boys 2'

Megan Fox tidak dinafikan antara pelakon wanita yang cukup terkenal selepas berlakon dalam francais Transformers. Namun, ramai yang tidak sedar bahawa pelakon itu sudah berlakon di usia 15 tahun lagi dalam filem Michael Bay. Lebih mengejutkan, di usia muda itu, dia pernah melakonkan watak penari stripper dalam satu babak pendek filem Bad Boys 2.

Bad Boys 2 merupakan filem kedua dalam francais Bad Boys yang mana menampilkan lakonan Will Smith dan juga Martin Lawrence. 

Dalam satu temubual bersama Jimmy Kimmel, Megan Fox menyatakan bahawa dia diminta untuk menari sebagai stripper dengan memakai kasut tumit tinggi enam inci dan juga berbikini. Di usia 15 tahun, semestinya dia tidak dibenarkan melakonkan watak yang memerlukan dia memegang dan minum arak, jadi alternatif yang diberikan Michael Bay ialah menjadi stripper.

Megan Fox juga mengimbas kembali bagaimana dia diminta untuk memakai bikini dan menari dalam keadaan basah di bawah pancuran air.

Megan Fox kemudiannya berlakon dalam filem Michael Bay seterusnya, Transformers 1 hingga 2 sebelum dibuang dari francais berkenaan selepas menggelarkan pengarah itu sebagai Hitler. Ketika dia menjadi watak utama Transformers, dia berusia 21 tahun.

Catat Ulasan

0 Ulasan