'Laga,' Kisah Laga Ayam Penuh Gabungan Pelakon Veteran Hebat

Jika ditanya filem apa yang menampilkan pelakon hebat dalam sebuah filem, pastinya Laga ialah jawapannya. Filem yang berkisar tentang aktiviti laga ayam ini ditayangkan pada 2014 dan merupakan filem yang cukup kontroversi pada ketika itu.

Diarahkan oleh Ismail Yaakob yang sebelum ini pernah muncul dengan filem Lenjan, filem ini menampilkan pelakon hebat seperti Wan Hanafi Wan Su, Nasir Bilal Khan, dan juga Eman Manan. Sudah semestinya agak sukar menyaksikan tiga bintang ini bergandingan dalam sebuah filem.

Filem ini juga pernah terpalit kontroversi apabila adegan berkemban dan juga adegan ranjang antara Wan Hanafi Wan Su dan pelakon Marsha Milan menjadi bahan promosi. 


===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan