Ogos setiap tahun semestinya sinonim dengan sambutan kemerdekaan. Malaysia menyambut hari kemerdekaan pada setiap 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September. Semestinya, antara perkara yang sesuai untuk dilakukan sebagai peminat filem ialah dengan menonton filem-filem bertemakan perjuangan.
Admin rekemen 4 filem bercorak perjuangan yang boleh korang tonton di Netflix.
1. Paskal The Movie [2018]
Filem aksi ini dibarisi pelakon hebat seperti Hairul Azreen, Ammar Alfian dan Jasmin Suraya. Mengisahkan tentang pasukan Paskal dan misi mereka dalam menumpaskan lanun di perairan Malaysia.
2. Suatu Ketika [2019]
Kisah sepasukan geng pelajar kampung yang cuba bertanding sukan bola sepak dengan golongan kayangan. Turut menampilkan lakonan hebat Nam Ron dan barisan pelakon cilik Malaysia.
3. Bukit Kepong [1981]
Filem yang cukup terkenal dalam sejarah tanah air. Mengisahkan pasukan polis yang berhempas pulas mempertahankan balai polis Bukit Kepong.
4. Polis Evo [2015] dan Polis Evo 2 [2018]
Filem aksi yang penuh debaran menggandingkan Zizan Razak dan Shaheizy Sam dalam misi yang cukup mencabar.
5. Frontliner [2021]
Filem tentang tiga karakter yang mana merupakan barisan hadapan dalam menghadapi ancaman Covid-19.
6. Leftenan Adnan [2000]
Kisah berkenaan Leftenan Adnan yang berjuang sehingga titisan darah terakhir mempertahankan negara dari tentera Jepun.
7. Adiwiraku [2017]
Kisah seorang guru Bahasa Inggeris yang cuba untuk menyatukan anak muridnya dalam pertandingan chorus speaking.
===========================LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
==========================================













0 Ulasan