Pembunuh Sebenar Yang Menginspirasikan Leatherface Dalam 'Texas Chainsaw Massacre'

Leatherface menjadi antara karakter pembunuh yang cukup mengerunkan. Filem yang pertamakali diterbitkan pada 1974 berjaya menjadi antara filem yang masih menggerunkan peminat filem sehingga kini. Diarahkan oleh Tobe Hooper, filem tersebut memecahkan tradisi filem slasher di eranya.

Walaupun kisah di dalam filem berkenaan kekal fiksyen, idea asal filem tersebut sebenarnya diinspirasikan daripada beberapa kejadian sebenar. Antara penjenayah yang membawa kepada kewujudan Leatherface ialah Ed Gein dan juga Elmer Wayne Henley.

Namun, Ed Gein menjadi antara inspirasi terbesar untuk penciptaan Leatheface. Pembunh yang mengejutkan penduduk Amerika Syarikat pada era 1950an itu mempunyai citarasa mengenakan pakaian wanita yang juga merosakkan mayat yang dibunuhnya.

Malah, Ed Gein juga menyimpan anggota badan mangsa sebagai trofi pembunhan. Tobe Hopper menaik taraf watak Ed Gein menjadi Leatherface yang lebih kejam dengan membina karakter yang gemar memakai kulit manusia di wajahnya sekaligus diingati sebagai karakter pembunuh yang paling kejam dalam filem!

Ed Gein bukan sahaja menginspirasikan Leatherface. Ianya juga turut menginspirasikan Norman Bates yang hadir dalam naskah filem Psiko!




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan