Sebelum Vin Diesel, Ada Pelakon Lain Yang Dipilih Untuk Filem 'xXx'

 Francais filem aksi xXx semestinya dikenali sebagai antara filem aksi hebat lakonan Vin Diesel selepas francais aksi Fast& Furious. Namun, tahukah korang yang sebenarnya, Vin Diesel bukanlah pelakon asal yang dipilih untuk berlakon dalam filem berkenaan? 



Filem pertama xXx yang diterbitkan pada 2002 merupakan antara filem terawal yang menstabilkan karier lakonan Vin Diesel dan sekaligus menjadikan pelakon itu sebagai antara pelakon aksi yang dikenali. Vin Diesel hanya muncul dalam filem pertama xXX sebelum diganti dengan Ice Cube untuk filem kedua. 

Jika Vin Diesel tidak memegang watak Xander Cage, semestinya jalan untuk pelakon tersebut hanya bertumpu dalam francais Fast & Furious. Studio yang menerbitkan xXX pada asalnya ingin mengambil pelakon Eric Bana sebagai xXX dalam filem tersebut pada asalnya. Namun, pelakon itu menolak.

Eric Bana menolak tawaran tersebut kerana dia terlibat dalam sebuah filem komedi Australia, The Nugget yang kini sememangnya sebuah filem yang mendapat ulasan negatif ketika itu. 

Jika Eric Bana mengambil tawaran sebagai xXX, sudah semestinya pelakon itu kini menyerlah. Namun, pilihan sudah dibuat dan perjalanan kariernya sudah berada di landasan yang selayaknya.

Filem xXx berjaya mengutip sebanyak USD227 juta dengan bajet USD88 juta. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan