Header Ads Widget

Huraian Ending Filem '18 Puasa Di Kampong Pisang' [SPOILER ALERT]

18 Puasa Di Kampung Pisang ialah naskah terbaru Mamat Khalid yang cukup baik dan segar. Sekuel kepada 15, 16 dan 17 Puasa ini (walaupun menampilkan watak baru dan kampung baru) mengisahkan tentang Barkoba dan perjalanannya merentasi dunia roh apabila diperlihatkan satu persatu dosa silamnya sebelum dibawa ke neraka. 

Tonton review 18 Puasa di Kampong Pisang, jangan lupa Subscribe ok!Post ini akan menjawab sedikit sebanyak beberapa kekeliruan di dalam filem ini. Walaupun filem ini nampak mudah, masih ada titik-titik di dalam filem ni yang menimbulkan perbahasan. Perlu diingat yang perbincangan selepas perenggan ini mengandungi SPOILER. Jadi siapa yang belum tonton dinasihatkan jangan baca. 

-

-

-

-

[SPOILER ALERT]

-

-

-

ADAKAH BARKOBA DIBAWA KE NERAKA?

Walaupun 18 Puasa di Kampung Pisang ialah karya fiksyen, semestinya apabila ianya menyentuh tentang kemuliaan bulan Ramadhan, akan ada fakta yang sedikit bercanggah di dalam filem ini. Antara persoalan yang berlegar di dalam kepala penonton ialah...

1. Kenapa ada syaitan Tyson kalau syaitan semua dirantai di bulan Puasa?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu melihat kepada keseluruhan filem 18 Puasa di Kampung Pisang. Perjalanan Barkoba di dalam filem ini berakhir apabila dia dibawa oleh 'syaitan Tyson 2' ke 'neraka' sebelum diseksa. Di akhirnya, Barkoba digertak dan dia akhirnya menyesal. Syaitan Tyson 1 dan 2 kemudiannya bertukar menjadi dua orang lelaki berpakaian suci putih. 


Dari sini, dapat disimpulkan yang Tyson 1 dan 2 bukanlah syaitan, tetapi berkemungkinan adalah malaikat yang menjaga neraka. Dia turun ke bumi untuk memberi nasihat kepada Barkoba tentang kesalahannya dan sekadar mengugut Barkoba dengan memperlihatkan neraka. Sekadar pendapat admin, admin amat yakin bahawa Tyson 1 dan 2 adalah malaikat yang menyerupai syaitan hanya untuk muncul di hadapan Barkoba.

Namun, perlu diingat bahawa membandingkan peribadi malaikat Malik dan Ridhwan dalam filem ini dengan terlalu serius mungkin akan mencabar minda korang. Jadi, cukuplah sekadar menyimpulkan bahawa Tyson 1 dan Tyson 2 ialah malaikat yang tidak diketahui namanya. Dan malaikat di dalam filem ini hanyalah sebuah rekayasa fiksyen. 

2. Kenapa ada neraka di bulan puasa kalau di bulan Ramadhan, semua pintu neraka ditutup?

Daripada Abu Hurairah R.A, sabda Rasulullah SAW: إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ Maksudnya: “Apabila menjelmanya Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.”

Jawapan yang mudah bahawa Barkoba tidak dibawa ke neraka sebenar. Buktinya, di dalam satu scene sebelum Barkoba dibawa kembali ke hari ke 18 Ramadhan, kesemua imej neraka hilang dan bertukar putih. Itu membuktikan yang apa yang Barkoba lihat hanyalah imaginasi neraka yang diberikan Tyson 1 dan 2 untuk tujuan mendidik Barkoba sendiri.

KONSEP CERITA TIRU INDONESIA?

Penceritaan tentang malaikat membawa watak utama melihat masa lalu ini bukanlah perkara biasa. Konsep sebegini pernah digunakan oleh penulis novel Indonesia, Tere-Liye dalam karyanya, Rembulan Tenggelam di Wajahmu. Ianya dijadikan filem pada 2019.

Poster edisi filem untuk Rembulan Tenggelam di Wajahmu



Konsep yang sama, tetapi Mamat Khalid mengambil pendekatan komedi dan caranya yang tersendiri dalam mengkisahkan kembalinya malaikat untuk memperlihatkan dosa silam. Janganlah dikatakan ianya tiru, tapi ianya lebih kepada inspirasi.

BARKOBA DAN TIME TRAVEL

Ini ialah sisi paling fresh dalam filem Mamat Khalid dimana adanya time travel. Di dalam ending filem ini, Barkoba diberi peluang untuk membetulkan keadaan dengan kembali ke satu titik masa di awal filem dimana semua perkara menjadi punca. Ya, Barkoba dibawa kembali ke tengahari hari ke 18 Ramadhan dimana Barkoba buat kenduri di warung.


Jika diperhatikan betul-betul, kerana warung Pak Jabit kena ambushlah menyebabkan Barkoba terpaksa makan dalam kebun durian. Akhirnya, semua naratif 18 Puasa pun terjadi. Secara tersiratnya, dalam hidup kita, akan ada satu titik masa dalam hidup kita dimana kita harap kita mampu ubah supaya kesan perbuatan kita itu tidak akan mempengaruhi kehidupan kita di masa hadapan.

Barkoba sememangnya beruntung kerana Tyson 1 memberi ruang kepada Barkoba untuk berubah. Barkoba dibawa semula ke titik masa penting untuk dirinya dan membetulkan kesemua perkara yang berlaku. Jadi, ada beberapa persoalan yang perlu dijawab di sini.

1. Jika watak Barkoba dibawa kembali ke titik masa tengahari hari ke 18 Ramadhan, adakah watak lain akan turut timetravel?

Dalam isu timetravel sebegini, tak kiralah filem Hollywood atau Malaysia, kita perlu lihat kepada watak Barkoba sahaja dan bukannya keseluruhan watak. Time travel ini dirasai oleh Barkoba dan kita dapat simpulkan yang wataknya sahaja yang tahu bahawa dirinya sedang merentas masa. 

Watak-watak lain sebenarnya tidak pernah sedar yang Barkoba merentas masa. Justeru itu, time travel tidak terjadi kepada watak lain dan mereka hanya meneruskan kehidupan macam biasa. Cuma, apabila time travel ini berlaku, akan berlaku sedikit paradox (perkara yang sukar dijelaskan kerana ianya berputar-putar) dan ianya hanyalah perkara biasa dalam sebuah filem yang mempunyai elemen time travel.

2. Adakah akan wujud ripple effect terhadap timeline 'geng platik hitam?

Yup. Akan berlaku ripple effect (kesan riak air) terhadap geng plastik hitam selepas Barkoba dikembalikan ke hari ke 18 Ramadhan. Antara kesan yang jelas dapat diperhatikan ialah Kiambang akan hidup dan selamat dari penderitaan. Malah, orang kampung yang tidak hiraukan Kiambang juga sudah mula menolong Kiambang.

Dengan kembalinya Barkoba ke hari ke 18 Ramadhan, Barkoba berjaya untuk membetulkan banyak perkara yang salah pada dirinya dan rakan-rakannya. 

Namun, satu persoalan yang tidak dijawab dengan jelas adalah adakah 'geng plastik hitam' sudah bertaubat daripada tidak berpuasa di bulan Ramadhan. Mungkin ianya tidak dijawab dengan jelas supaya 19 Ramadhan (jika ada) senang untuk ditulis lakonlayarnya. 


KESIMPULAN

18 Puasa di Kampung Pisang ialah antara naskah Mamat Khalid yang cukup heavy dalam penceritaannya. Namun, pada masa yang sama, Mamat Khalid berjaya untuk memahamkan masyarakat tentang isu yang nak disampaikan. Apapun, semoga filem Mamat Khalid terus lantang bersuara tentang isu masyarakat dan semoga naskah 18 Puasa disambung ke 19 Puasa, jika ada.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

0 Comments