Dikatakan Tiru 'Tears of the Sun', Ini Sinopsis Filem 'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa'

 Selepas GSC melancarkan trailer filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa beberapa minggu lepas, ramai yang memberikan pendapat berkenaan filem tersebut menerusi trailer yang ditayangkan. Rata-rata memuji pembikinan filem berkenaan yang disifatkan sebagai segar dan cukup untuk membuktikan filem tempatan boleh ada filem hebat!

Namun, ada juga segelintir yang menyatakan bahawa aura dalam trailer berkenaan seperti menonton filem Tears of the Sun. Malah, ada juga yang membandingkan watak Johan As'ari seakan-akan mirip watak Bruce Willis dalam filem perang terbitan tahun 2003 itu.

   

Untuk pengetahuan umum, filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa mengisahkan Kapten Adib (Nas-T) dan Major Adnan (Dato' Adi Putra) bersama skuadnya yang terlibat di dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, sebuah negara yang sedang dalam pergolakan. DI dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh pengganas. 

Selepas mengetahui hal ini, Tentera Udara Diraja Malaysia telah mengarahkan misi untuk menyelamatkan mereka semua. Zafran (Aiman Hakim Redza), abang ipar kepada Adib dan juga seorang pilot Sukhoi berusaha untuk menyelamatkan mereka. Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.

Air Force The Movie diterbitkan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro dan Six Fun Media.

Menjalani penggambaran di Kuantan, Terengganu, Sabah, Selangor dan Johor, filem ini akan menemui penonton di pawagam mulai 31 Ogos 2021. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan