Ulasan Filem: #Alive (2020)


Tahun Terbit |
2020
Pengarah | Il Cho
Pelakon | Yoo Ah-In, Park Shin-Hye, Jeon Bae-soo 

Trend filem zombie sekarang agak sinonim dengan Korea. Tidak seperti US a.k.a Hollywood, zombie versi Korea seakan memberikan satu evolusi. Dari segi karakteristik dan juga emosi, seawall file zombie seperti Train to Busan, ianya sangat-sangat segar dan sentiasa dirasakan seperti satu dalam sejuta. Dan kemudiannya muncul Alive, sebuah lagi filem zombie.

Ramai yang beranggapan filem Alive ni seakan Train to Busan. Or at least, filem ni akan ada momen yang memberi emosi dan juga kejutanlah kan. Tapi, sayangnya, Alive ialah sebuah naskah zombie yang cukup berbeza. Dari segi rasa, pembikinan dan juga penceritaan, Alive ialah sebuah percubaan sisi genre zombie yang rasanya pertama seumpamanya di Korea.

Alive bercerita tentang seorang lelaki kaki komputer yang terperangkap di apartmennya tersendiri pada satu hari serangan zombie. Berbekalkan dirinya dan apa yang ada di rumahnya, dia cuba untuk survive dan menunggu bantuan. Apatah lagi, ketika itu, talian telefon sudah rosak dan musnah gara-gara serangan zombie.

Walaupun filem Alive ni mempunyai zombie, aku lebih selesa untuk berkata yang filem ni lebih kepada filem survival. Zombie yang ada di dalam filem ni hanyalah sekadar setting environment yang unik dan tidaklah layak pun untuk dikatakan sebagai watak utama filem ni. Kalau Hollywood selalu letakkan survival watak dalam suasana penuh tekanan seperti terkurung dalam bilik, terperangkap bawah tanah, Korea buat terperangkap dengan ratusan zombie.

Dan paling uniknya, karakter utama filem ni hanyalah seorang sahaja sebelum kemudiannya berkembang biak menjadi beberapa karakter lagi yang membantu untuk menghidupkan karakter utama. Perlu diingat, focus filem ni bukan zombie, tapi survival watak utama kita yang nak keluar dari apartment dengan selamat. 

Elemen saspen filem ni berjaya membuatkan aku rasa cemas. Tapi, kadangkala, filem ni turut mempunyai momen yang kadangkala seakan gagal untuk memberikan emosi dan juga rasa. Scene di rumah seorang lelaki yang menyimpan isterinya yang sedang menjadi zombie gagal untuk memberikan emosi sedangkan ianya seakan dibina untuk mencipta rasa sedih.

Aku sebenarnya mengharapkan yang filem ni akan stay dengan satu karakter sahaja sampai habis. Ianya nampak sukar dan lebih complicated. Namun, filem ni memilih untuk menambah beberapa karakter untuk membantu pergerakan karakter utama yang mungkin stuck dengan cara survivalnya yang lemah.

Apapun, Alive ialah sebuah filem zombie yang memang berani memberikan aura baru dalam genre berkenaan. Pada aku, filem ni bukanlah filem zombie yang terbaik. Tapi, ianya tetap berjaya untuk memberikan aura sebuah filem zombie yang agak rare dan luar biasa. Setahu aku, belum pernah ada filem zombie sebegini yang menggunakan watak yang agak kurang dan tertumpu pada survival watak sahaja.

Mungkin bagi penggemar Train to Busan, filem ni akan buatkan korang sedikit berdukacita. Macam aku cakap tadi, filem ni bukan filem zombie yang sebenar tapi lebih kepada elemen survival. So, jika korang filem pasal survival dalam suasana yang agak genting dan cemas, Alive semamangnya filem untuk korang.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan