Ulasan Filem: Project Power (2020)



Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Henry Joost
Pelakon | Jamie Foxx, Joseph Gordon-Levitt, Dominique Fishback

Bagaimana jika anda ada peluang untuk makan satu pil dan kemudiannya ada masa lebih kurang 5 minit untuk guna kuasa yang diberikan dari pil tu? Adakah korang akan gunakan kuasa tu dalam masa terhad untuk buat jahat atau sebaliknya? Atau adakah ianya sebuah pengalaman yang akan mengubah hidup korang secara total. Filem arahan Henry Joost dan Ariel Schulman ini menampilkan pelakon hebat dan sememangnya tidak

pernah disaksikan bergabung lagi. Project Power menampilkan Jamie Foxx yang sebelum ni hebat terampilnya dalam Baby Driver. Dan paling mantap, Project Power ada Joseph Gordon-Levitt yang dah lama tidak terlihat di layar filem. 

Project Power ni aku boleh sifatkan sebagai gabungan kepada filem superhero dengan sikit elemen Breaking Bad. Nampak macam rare dan unik gabungannya. Tak pernah lagi aku nampak dan lihat filem tentang dadah yang mampu beri kuasa sebegini. Dan paling penting, Project Power bercakap tentang kisah fantasi yang lebih dengan reality.


Fungsi pil dalam filem ni yang memberikan kuasa dalam jangka masa yang terhad ni memang cukup best. Ianya ialah satu elemen yang menjadi teka-teki ringkas yang berjalan sepanjang filem. Kita tidak tahu apa kuasa yang akan dimiliki setiap watak jika watak tersebut consume pil tersebut. So, brace yourself sebab banyak kot kuasa yang unexpected dalam filem ni.

Ringkasnya, Project Power berkisar tentang perjalanan dua watak. Iaitu seorang Art (Jamie Foxx) yang sedang dalam misi memburu pengedar pil haram tersebut. Kisah Art ni kemudiannya bertembung dengan kisah Frank Shaver (Joseph Gordon-Levitt) yang mana dalam usaha mencari rakannya, Robin yang diculik.

Walaupun idea filem ni agak menarik, sayangnya Project Power agak tenggelam dalam binaan plot yang agak gagal. Idea yang menarik, unik dan fresh gagal dipersembahkan dalam filem ni sekaligus menjadikan Project Power sebuah filem yang mensia-siakan idea yang ada. Mungkin di sekuelnya, jika ada, kisahnya akan lebih padulah, harapnya!

Walaupun plot filem ni tidak meriah seperti yang diharapkan, Project Power masih menghiburkan dari segi aksinya. Boleh dikatakan banyak babak filem ni yang cukup baik dan boleh menenggelamkan idea filem yang gagal diterjemah. Scene kuasa terbakar dan juga halimunan antara yang capture my attention.

Tidak dinafikan filem ni mempunyai kerja visual yang cemerlang. Babak aksi dan juga scene makan pil dipaparkan dengan cukup memuaskan dan cantik. Project Power sememangnya agak gah dari kerja visual dan menontonnya seakan menonton sebuah filem aksi superhero yang biasa kita tonton.

Seperti yang aku sebutkan tadi, major problem filem ni semestinya plotnya yang agak kurang ditatarias dengan baik. Namun, dari satu sisi lagi, aksi filem ni sememangnya cukup enak untuk dilayan. Project Power ada kuasa dan kekuatan dari sisi itu. Dan pada aku, aku boleh pejam mata dengan plotnya dan enjoy filem ni seadanya. 

Mungkin lain orang lain pandangan, tapi aku enjoy layan Project Power. Harapnya di masa hadapan, jika filem ni ada sekuel, ianya akan lebih baik dan lebih hebat daripada apa yang dipertontonkan di dalam filem ni.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan