Ulasan Filem: Ponmagal Vandhal (2020)

Tahun Terbit | 2020
Pengarah | J.J Fredrick
Pelakon | Jyothika, Suriya, Vidhya, R. Parthiepan

Filem baru Jyothika ni ialah antara filem pertama dari Kollywood yang terkesan dengan pandemic Covid-19. Filem yang dijadualkan ke pawagam akhirnya dibawa terus ke laman penstriman Amazon Prime untuk sajian penonton. Mendengar nama pelakon utamanya saja, filem ni nampak macam padu. Apa lagi sebelum ni, Jyothika berjaya menyerlah melalui filem Thambi.

Filem arahan J.J Fredrick ni ialah sebuah filem courtroom drama. Ianya memang untuk penggemar filem seperti Pink, Section 375 dan seangkatan. Filem ni punya kekuatan terletak pada gambaran persidangan mahkamah yang membincangkan tentang satu kes lama yang dibangkitkan semula atas satu sebab!

Ponmagal Vandhal mengisahkan tentang kes seorang wanita yang digelar sebagai ‘Psycho’ Jothi. Dia digelar sebegitu atas satu kes pembunuhan dua orang lelaki dan juga kes penculikan kanak-kanak 15 tahun lalu. Selepas 15 tahun, Venba, seorang peguam tampil membuka semula kes ni dan membela ‘Psycho’ Jothi.

Di separuh masa pertama filem ni, kita lebih dipaparkan dengan pelbagai persoalan tentang kenapa Venba membela ‘Psycho’ Jothi. Separuh masa pertama ini nampak agak dragging dan kadangkala agak kurang padu. Babak courtroom di separuh masa pertama juga tidak ada kekuatan yang membuatkan ianya nampak menarik.

Separuh masa kedua pula dibuka dengan twist yang mengaitkan hubungan Venba dan ‘Psycho’ Jothi. Selepas twist ini, filem ni nampak sedikit padat dengan scene hujah dan juga lawan kata yang memang perlu untuk filem sebegini. Tapi, jujurnya aku rasakan yang scene mahkamah dalam filem ni tidak sepadu filem Tamil atau Bollywood lain.

Jyothika mungkin berjaya memberikan persembahan yang baik sepanjang filem. Dengan memeranankan dua watak di dalam filem ni, rasa simpati dan juga tegang di dalam filem ni dapat dirasa. Memang Jyothika berjaya untuk memberikan lakonan yang memuaskan untuk filem ni.

Mungkin aspek yang menjadikan Ponmagal Vandal agak kurang umph ialah pada pembinaan ceritanya. Dari separuh masa pertama hingga masa kedua, tidak ada babak yang begitu padu dan umph untuk genre courtroom drama sebegini. Filem ni seakan-akan terlalu berhati-hati sehinggakan banyak elemen realistik dalam court kelihatan kurang emosi.

Subscribe Channel Untuk Lebih Banyak Tutorial Netflix:

Isu yang diutarakan di dalam filem ni memang cukup baik. Isu tentang persepsi manusia dan media memang berjaya dipaparkan. Namun, banyak aspek isu ini seakan tenggelam dalam penceritaan yang nampak mirip drama tv sahaja.

Percubaan pengarah baru dengan gandingan pelakon hebat nampaknya gagal. Tapi, Ponmagal Vandhal bukanlah teruk. Cuma, rasanya saja kurang. Tapi, segala plot twist dan juga rasa filem ni masih enak dilayan kalau korang memang penggemar sejati filem Tamil.

Oh ya, filem ni tiada lagu. Durasinya hanya 2 jam sahaja. Jadi, kalau korang ada Amazon Prime, boleh layan. Isunya memang bolehlah difikirkan.

Walaupun penceritaannya agak kurang menarik dan biasa-biasa, Ponmagal Vandhal ialah sebuah filem yang berjaya deliver mesej kemasyarakatan yang jelas, macam filem Tamil lainnya.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan