Ulasan Filem: Guilty (2020)


Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Ruchi Narain
Pelakon | Kiara Advani, Akansha Ranjan Kapoor, Gurfateh Singh Pirzada

Berbekalkan inspirasi MeToo Movement yang pernah viral di India, Karan Johar memilih untuk menerbitkan sebuah filem dengan tema sama, Guilty. Filem Netflix Original yang mana membariskan pelakon-pelakon baru ini ada mesej yang tersendiri. Tapi, adakah filem ni sampai pada penonton yang menonton?

Guilty diarahkan oleh Ruchi Narain yang mengarahkan filem ini berbekalkan lakonlayar tulisan Atika Chohan, Kanika Dhillon dan Ruchi Narain. File mini menggandingkan pelakon muda seperti Kuara Advani, Akansha Ranjan Kapoor dan Gurfateh Singh Pirzada. Tiada pelakon gred A yang muncul buat cameo sekaligus menjadikan filem ni berjiwa muda.

Secara keseluruhan, Guilty mengisahkan seorang wanita yang dalam dilema apabila teman lelakinya dituduh merogol seorang gadis lain. Gadis yang dirogol menggerakkan hashtag MeToo sehingga membuatkan dia terfikir untuk menidakkan atau mengiyakan tuduhan. Filem ini menyelongkar tradisi dunia muda mudi India dan kesannya terhadap masyarakat.

Tidak seperti filem Bollywood yang sering kita tonton di layar perak, Guilty mengambil pendekatan untuk menyajikan visual yang segar dan tidak cliché macam filem biasa. Filem ni jelas nampak macam filem Hollywood pada visualnya dengan paparan muda mudi yang luar batasan yang cukup berani.

Banyak perkataan-perkataan f word yang digunakan menjadikan dialog filem ni agak kasar. Tetapi, agak mengecewakan apabila filem ni menggunakan separuh Bahasa Inggeris dan separuh Hindi. Agak kurang selesa melihat penggunaan Bahasa Hindi dan Inggeris yang bercampur. Geli geleman dan kurang realistik.

Walaupun mesej filem ni agak bagus, penyampaian filem ni agak mengecewakan. Elemen thriller dengan persoalan siapa rogol siapa tidak dipersembahkan dengan bagus. Agak cheap sangat bila filem ni banyak terisi dengan babak-babak yang sangat tidak penting untuk filem. Elemen jiwa muda filem ni tinggi, tapi sayangnya gagal untuk sampaikan apa yang tersirat.

Filem ni mempunyai babak penyiasatan yang sendu. Agak kurang menarik dengan dialog-dialog yang sangat biasa dan tak menarik. Lakonan pelakon-pelakon hanyalah seperti jadi diri sendiri sahaja. Tiada sesuatu yang lebih menarik dari menyaksikan lakonan yang agak kurang menyerlah di dalam sebuah lakonlayar yang agak kurang menarik.

Guilty agak kurang perencah. Filem ni dibikin dengan jiwa Netflix, tetapi berakhir dengan sebuah filem yang tidak sampai mesejnya. Guilty gagal untuk menceritakan tentang siapa bersalah jika wanita dirogol? Adakah wanita yang mengenakan pakaian seksi, atau lelaki yang tak mampu tahan nafsu? Semuanya tidak disimpulkan dengan baik.

Filem ini tidaklah buruk, tetapi gagal untuk mencapai standard. Mungkin jika Guilty diceritakan dari sisi yang lain, filem ni mampu sampaikan apa yang nak dicerita. Jika filem ni kekal bercerita dari sisi polis dan court, filem ni akan lebih jelas penyampaiannya. Tapi sayang, Guilty tidak menampilkan kekuatan yang selayaknya.

Sebuah persembahan mesej besar dengan penceritaan yang agak cheap thrill. Sayang sungguh!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan