Ulasan Filem: Coffee and Kareem (2020)

Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Michael Dose
Pelakon | Ed Helms, Taraji P. Henson, Terrence Little Gardenhigh

Kalau korang kecewa dengan filem Spenser Confidential, Coffee and Kareem pasti menjadi pengubat. Kalau korang baca review dari luar, korang akan baca yang filem ni menjengkelkan, tapi entahlah, aku seakan tidak sama pendapat dengan ulasan lain. Bagi aku, filem Coffee and Kareem ni sebuah filem ringan yang berjaya menggeletek.

Coffee and Kareem ialah sebuah filem buddy cop yang agak pelik. Menggandingkan seorang polis dengan seorang budak umur 12 tahun dalam satu adventure lucu dewasa memang agak pelik. Namun, kepelikan tu macam bestlah pulak walaupun agak pelik kita nampak budak umur 12 tahun cursing wordsnya bersepah sepanjang filem.

Filem ini berkisar tentang pegawai polis, James Coffee yang mana sedang menjalinkan hubungan dengan Vanessa Manning. Tapi, anak Vanessa, Kareem tak suka hubungan ni dan plan untuk gagalkan relationship ni. Lalu, Kareem cuba upah seorang penjenayah, Orlando untuk mengugut Coffee supaya menjauhi ibunya.

Namun, apa yang dirancangkan nampak mudah tetapi bertukar susah. Kareem akhirnya terlibat dalam satu komplot jenayah dan nak tak nak, Coffee terpaksa bersama dengan anak kekasih hatinya untuk lari daripada seorang polis korup yang kini menjadikan Coffee dan keluarga Kareem sebagai target.

Melihat Ed Helms sebagai polis bodoh bodoh bendul dalam filem ni memang menarik. Lakonannya memang cukup untuk menceriakan filem ni yang memang dibikin untuk ringan-ringan. Cuma kadangkala agak menjengkelkanlah lakonan Terrence Little Gardenhigh sebab dialognya yang cuba nak jadi the next Samuel L. Jackson.

Filem Coffee and Kareem ni memang ringan, santai dan enjoy. Tak macam Spenser Confidential yang gagal membikin aura sama, filem ni berjaya! At least, filem ni berjaya mencipta banyak babak-babak lucu dan pada masa yang sama mengekalkan elemen cop buddy yang selalu diberikan Hollywood. Walaupun cliché, ianya menghiburkan.

Just nak remind bahawa filem ni bukanlah sesuai untuk kanak-kanak. Dengan watak Kareem yang sentiasa menyumpah seranah dalam dialog, memang wajar filem ni hanyalah untuk tontonan dewasa sahaja. Filem ini juga mengandungi elemen ganas yang memang tidak sesuai bagi penonton yang nak tonton movie yang clean.

Agak terkejut juga melihat filem ni yang banyak memaparkan aksi. Tak banyak Netflix Original yang penuh dengan aksi walaupun ringan. Malah, gandingan Kareem dan Coffee yang memang macam ayah dan anak menjadikan setiap babak aksi melucukan dan menarik untuk ditonton.

Coffee and Kareem ni sebuah filem kepolisan yang biasa. Tapi, untuk enjoy, filem ni memang enjoy habis. Plotnya takdelah berat mana. Hanya dibikin untuk santai dan melatakkan komedi yang hendak diberikan. Tapi, walaupun ada satu dua aspek yang agak menjengkelkan terutama watak Kareem sendiri, filem ni tetap sebuah hiburan yang sedap.

Tonton filem ni kalau korang memang suka filem ala-ala buddy cop. Tapi, filem kali ni tak macam Spenser Confidential ok. Theme buddy cop tu sama, tapi Coffee and Kareem ni, dia lain macam sikit tau.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan