Ulasan Filem: Gully Boy (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Zoya Akhtar
Pelakon | Ranveer Singh, Alia Bhatt

Fresh! Itu yang aku dapat katakana saat habis menonton filem Gully Boy. Filem ini memang satu-satunya dalam ribuan filem Bollywood yang memunculkan stigma di kalangan penonton luar yang lari dari cliché. Dibaluti dengan suasana yang cukup realistik, dunia hip hop yang tak pernah diperluaskan ceritanya dalam mana-mana filem Bollywood, Gully Boy memang padu!

Filem ni tak ada kisah percintaan sangat. Ianya ialah sebuah drama yang berfokuskan kepada dunia hip hop di masyarakat pinggiran di India. Tentang pengembaraan seorang lelaki yang punya dunia kecil tetapi bercita-cita besar untuk menjadi penerus dunia hip hop yang dipandang sepi oleh ibu bapanya yang tipikal.

Eksplorasi watak Murad lakonan Ranveer Singh membawa kita kepada perjalanan penuh berduri seorang lelaki yang cuba untuk menjadikan hip hop sebagai penerus hidup. Dengan cabaran dunia masyarakat muslim di sekitarnya, cabaran kekasihnya dan juga jiwanya yang memberontak, Gully Boy diadun dengan kemas dan hidup.

Filem ni memang ada aura yang lain dari yang lain. Boleh dikatakan filem Gully Boy sangat mantap dan tak dapat dibandingkan dengan filem-filem biasa Bollywood. Ianya tidak tipikal, tetapi satu aliran baru dalam dunia sinema Bollywood. Segar dan cukup mengujakan apabila melihat kisah drama bergabung dengan hip hop yang selalunya menjadi penghias filem sahaja.

Bagi yang gemar lagu-lagu berentak biasa, mungkin Gully Boy bukan untuk korang. Filem ni memang dipenuhi dengan lagu hip hop yang menceritakan pergelutan jiwa Murad. Ada scene-scene rap battle yang memang tak pernah ada dalam filem Bollywood. Selalunya kita pernah tonton dance battle, sebab Bollywood memang suka dancing. Tapi, kali ni, pengarah Zoya Akhtar pilih rapping sebagai tunjang.

Tidak hairanlah filem ni boleh rangkul banyak award. Ranveer Singh memang lain dari mana-mana watak yang dia pernah bawa sebelum ni. Wataknya sebagai Murad memang terbaik. Mungkin lakonan paling mantap Ranveer Singh yang pernah aku saksikan sepanjang dia berlakon filem. Wataknya yang kadang-kadang lurus dan tak faham dunia rapper memang cukup buatkan aku khayal layan filem ni.

Alia Bhatt pula kiut miut bila melakonkan watak awek Murad yang mengenakan tudung. Lawa pulak tu. Tapi, watak Alia Bhatt hanya sebagai watak penyeri dan tidaklah menonjol sangat dalam filem ni. Ianya sebuah filem lelaki, tetapi adanya wanita dalam filem ni hanyalah sekadar balance kepada aura filem yang memang lebih kepada penonton lelaki. Apapun, lakonannya tetap baik dan memuaskan.

Penceritaan filem ni lebih kepada bagaimana naik turun Murad sebagai seorang rapper. Dikisahkan dari permulaan, dari seorang zero kepada hero. Dan tiada yang betul-betul jahat, dan tiada yang betul-betul baik. Semuanya ialah paparan tentang life, dan pergelutan untuk mendapatkan impian yang nak dicapai.

Jujurnya, Gully Boy ialah sebuah filem yang penuh dengan inspirasi. Kisah seorang lelaki yang nak jadi rapper, masih mentah, dan mulai faham bagaimana payahnya untuk menjadi seorang yang dikenali. Ianya sebuah filem yang penuh motivasi, dijalin dengan penceritaan yang begitu menarik dan simple.

Tonton Gully Boy kalau korang nak rasa aura luar biasa sinema Bollywood dari pengarah Zoya Akhtar. Ianya memang cukup rare untuk melihat naskah bertemakan rap dan hip hop bergaul dalam filem Bollywood yang tipikal dengan cinta dan romantis biasa.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan