Ulasan Filem: The Man Without Gravity (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Marco Bonfanti
Pelakon | Elio Germano , Michela Cescon , Elena Cotta 

Ini filem yang sangat rare dan cukup luar biasa. Kalau korang nak filem yang memang luar kotak, The Man Without Gravity mungkin memberikan korang peluang untuk merasai sebuah filem yang lain dari yang lain. Dengar tajuk je pun dah tahu filem ni macam mana. Tetapi, dengar tajuk je tak jadi apa. Kena layan sekali untuk lihat isinya.

The Man Without Gravity ialah sebuah filem Itali. Ianya bukan Hollywood. Dan menonton filem ini di Netflix membuatkan aku rasa kagum. Terus aku teringatkan kepada sebuah filem luar biasa lakonan Kirsten Dunst dan Jim Sturgess, Upside Down. The Man Without Gravity dan Upside Down mempunyai elemen sama dimana dunia dan wataknya luar dari kebiasaan normal.

Dalam filem ini, kita diperlihatkan dengan perjalanan seorang lelaki bernama Oscar yang mana dilahirkan dengan berat yang sangat ringan sehingga dia boleh terapung seperti belon. Ibunya dan neneknya menjaganya dan merahsiakan daripada umum. Namun, keinginan Oscar untuk melihat dunia luar mengubah segalanya.

The Man Without Gravity bukanlah filem romantik ataupun komedi. Ianya lebih kepada biografi fiksyen sebuah watak yang dilahirkan tanpa gravity. Kita diperlihatkan dengan perjalanan Oscar daripada kecil sehinggalah dia akhirnya dewasa. Perjalanan hidup yang panjang dirangkumkan dalam filem yang durasinya lebih kurang hampir 2 jam ini.

Pada aku, sepanjang menonton filem ini, aku mengharapkan adanya konflik yang kuat dan menjadikan filem ini lebih intense dan penuh twist. Tapi, sayangnya, semua itu tidak ada. Apa yang filem ni sajikan hanyalah perjalanan watak yang dibina agak ringan dan sederhana. Tanpa twist yang besar dan umph.

Aku juga agak janggal dengan background watak Oscar yang kabur. Sehingga akhir filem, kita sendiri tidak diperjelaskan bagaimana Oscar boleh ringan sebegitu rupa. Mungkin pengarah mahu melepaskan semua jawapan itu ke otak penonton. Tapi aku pula lebih mengharapkan adanya penjelasan konkrit.

Filem ini mungkin dibikin dengan bajet yang sederhana. Babak Oscar mengapung tidaklah begitu baik. Terasa seakan-akan masih belum bagus, tetapi cukup untuk menggambarkan keadaan Oscar yang sebegitu rupa. Tapi, aku salute pada idea sebegini yang memang sukar untuk execute tetapi akhirnya berjaya disampaikan dalam apa yang ada.

Basically, The Man Without Gravity lebih kepada penceritaan tentang exploration of life sebagai seorang manusia luar biasa. Perjalanan Oscar yang penuh liku apabila dia memilih untuk mendapat jolokan The Man Without Gravity berakhir dengan pelbagai kesan yang mempengaruhi pelbagai aspek hidupnya.

Aku lebih suka untuk katakan yang filem ni sederhana sahaja. Aku harapkan The Man Without Gravity ni lebih banyak dengan konflik dan twist, tapi semua tu tak ada. Namun, untuk filem sebegini, penceritaannya cukuplah untuk bercerita tentang apa yang mahu diceritakan oleh pengarahnya.

Sebuah filem yang tidaklah luar biasa tetapi mampu untuk berdiri sebagai sebuah filem yang rare. Namun, rare mana pun filem ni, executionnya tetaplah sederhana dan bolehlah dilayan walaupun tidaklah hebat mana.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan