Ulasan Filem: Wira (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Adrian Teh
Pelakon | Hairul Azreen, Fify Azmi, Dain Said Wira 

Adrian Teh akhirnya tampil dengan filem terbarunya, Wira yang mempertaruhkan genre aksi bela diri. Sebelum ini, industri perfileman Malaysia sudah ada dua filem bergenre seni bela diri yang bermula dari Sangkar dan seterusnya Geran. Dua filem ini ada aura masing-masing dan cara persembahan yang tersendiri. Dan Wira pula masuk gelanggang bawa ceritanya juga!

Wira masih mengekalkan pelakon fevret Adrian Teh dari Paskal, Hairul Azreen. Selain dari Hairul, kesemua pelakon adalah wajah baru yang tiada dalam filem Paskal. Adrian Teh memilih untuk membentuk pelakon yang aku boleh sifatkan sebagai agak gagal memenuhi impresi aku sebagai pelakon aksi. Dan resultnya, memuaskan walaupun masih lagi belum padu sepenuhnya.

Wira bercerita tentang kedatangan Hassan kembali ke Flat Rajamerah untuk settlekan masalah apabila adiknya, Zain kalah pertarungan menentang anak kepada bos samseng, Raja. Hassan dan Zain terpaksa bersatu apabila Raja akhirnya tak puas hati dengan anak beranak ni dan hantar gengnya untuk bunuh diorang.

Dari segi penceritaan, filem ni masih seperti Paskal. Jika Paskal naratifnya dipecahkan kepada tiga dengan mengambil kira tiga adaptasi insiden kisah benar, naratif Wira pula seakan sebuah kisah yang pendek tetapi distrech supaya jadi panjang. Di separuh masa pertama, perjalanan kisah agak lambat dengan beberapa bahagian aksi yang singkat.

Filem ini menjadi menarik di fasa dua iaitu selepas pertarungan dua lawan dua. Di fasa dua, Adrian Teh menyumbat kesemua adrenalin aksi dengan sepenuhnya. Dari adegan pertarungan dalam bas, pertarungan di flat yang penuh aksi, dan juga pertarungan di kilang kondom, kesemuanya penuh dengan aksi.

Aku boleh sifatkan naratif filem ini adalah kelemahan filem ni. Ianya terlalu simple dan mendatar. Mungkin Adrian Teh cuba untuk meminimakan karakter dan cerita supaya filem ini lebih tertumpu kepada aksi. Cuma sayangnya, naratif yang mendatar menjadikan filem ini terlalu mudah dan tidak ada kekuatan dari segi penceritaan.

Nasib baiklah, filem ini berjaya menutup kelemahan naratif dengan kekuatan pertarungan aksi. Ada beberapa babak yang dirakam dengan long syot dan koreografinya yang cukup cantik. Adegan pertarungan di gudang pada awal filem, adegan pertarungan dalam bas, dan pertarungan Hassan dan Ifrit ialah antara pertarungan yang penuh dengan visual yang luar jangka.

Adrian The turut memuntahkan visi visualnya semaksima mungkin dalam filem ni. Dengan penggunaan CGI dan juga beberapa teknik kerja kamera yang belum pernah korang tonton dalam filem Malaysia, visual beberapa babak aksi dalam filem ni memang cukup mirip seperti visual dari filem luar. Kerja kamera dan editing dia sangat padu!

Walaupun naratif Wira agak mendatar, filem ni masih cukup padu dengan paduan aksi dan kerja kamera yang memang tak pernah lagi kita tonton dalam filem tempatan. Wira mungkin tak perlu ditonton kerana naratifnya, tetapi pejam mata dan layan je aksinya yang memang memukau.

Wira mungkin sudah meletakkan standard baru dalam dunia pembikinan filem aksi tempatan. Selama ini, kita menginginkan sebuah filem aksi bergasak yang penuh dengan koreografi aksi yang baik dan memuaskan, dan Wira berjaya memenuhkan keinginan itu sebagai sebuah peminat filem aksi.

Filem arahan Adrian Teh ini bukanlah sempurna. Tapi, ianya cukup untuk memberi ruang kepada pembikin filem tempatan lain untuk menyempurnakan filem bergenre sebegini dengan filem-filem bergenre sama di masa hadapan kelak.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan