TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Mehandi Circus (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Saravana Rajendran
Pelakon | Madhampatty, Shweta Tripathi

Kalau korang nak rasa aura filem romantik yang rare dari Kollywood, rasanya Mehandi Circus ialah sebuah filem yang boleh korang tonton. Sudah bersiaran di Netflix, Mehandi Circus ialah filem pertama arahan Raju Murugan dan juga merupakan filem pertama pelakon wanita Madhampatty Rangaraj sebagai watak utama.

Mehandi Circus ni boleh aku ibaratkan sebagai sebuah kisah ala-ala Mohabbatein. Ada unsur-unsur cinta terhalang seperti persoalan tentang kasta kaya miskin, ketaatan pada si ayah dan banyaklah elemen yang memberikan rasa kepada sebuah kisah cinta terhalang. So, Mehandi Circus ni boleh dikatakan amat jiwang dan diberi sentuhan filem generasi baru.

Korang tak mungkin rasa Mehandi Circus ni sebagai sebuah filem romantik saga yang mana ada aksi melampau, lagu dan tarian yang meriah. Takde semua tu dalam Mehandi Circus. Ianya ialah garapan pengarah yang memang jauh daripada apa yang korang selalu layan dalam filem Tamil. Hanya bahasa saja Tamil, tapi garapannya lebih moden.

Kisah Mehandi Circus berkisar tentang Jeeva dan Mehandi yang mana hubungan mereka terhalang kerana status keluarga, perbezaan pandangan keluarga dan juga masyarakat. Kisah ini bermula dengan masa tua mereka dan penceritaan sepenuhnya dalam bentuk flashback.

Bagi yang gemarkan filem Tamil yang berentak biasa seperti ada lagu dan juga watak yang cukup meriah, Mehandi Circus mungkin akan rasa sedikit slow. Tetapi, untuk sebuah filem berentak romantika era moden sebegini, Mehandi Circus selayaknya cuba untuk membina momen cinta dan rasa emosi itu dengan perlahan dan teliti.

Dari aspek lakonan, Madhampatty Rangaraj sebagai Jeeva berjaya memberikan lakonan cemerlang. Namun begitu, untuk pelakon heroin utama, Shweta Tripathi, seakan terasa agak kaku apabila dia melakonkan watak utama. Namun, gandingan kedua-dua watak seperti selesa sahaja dan tidaklah menjadi masalah untuk dilayan.

Filem ni ada lagu yang cukup menyasyikkan. Kebanyakan lagu yang dicipta oleh Sean Roldan seakan memimik elemen syahdu dan cinta yang terhalang di dalam filem ni. Kebanyakan lagu bergenre balada dan cukup membuai penonton untuk memahami cinta Jeeva dan Mehandi yang terhalang oleh pelbagai halangan.

Mehandi Circus mempunyai sinematografi yang cukup lawa. Memang filem ni cukup baik dari aspek kerja kamera dan juga penataan cahaya. Memang filem ni berjaya memberikan garapan yang cukup baik dari segi teknikal.

Overall, pada yang gemarkan filem berentak romantik Tamil era baru, boleh cuba layan Mehandi Circus. Filem ni memang akan beri rasa menonton filem Tamil yang lain macam. Walaupun kisah cintanya macam dah biasa kita tonton, executionnya yang agak fresh menjadikan Mehandi Circus sebuah filem yang bercerita dengan caranya yang tersendiri.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Comments

Menarik!

Inilah Inspirasi Sebenar Restoran Mamak Maju Dalam 'Ejen Ali The Movie'

'Sembil9n', Drama Bersiri Ala 'The Walking Dead' Versi Malaysia?

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Aziz M. Osman Bakal Bikin Filem Terbaru Melibatkan Senario

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

M. Night Syamalan Dalam Perbincangan Untuk Arahkan Filem MCU

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'