Ulasan Filem: The Influence (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Denis Rovira van Boekholt 
Pelakon | Manuela Vellés, Maggie Civantos, Alain Hernández

The Influence ialah antara karya yang terkini dimasukkan dalam katalog Netflix pada bulan Oktober. Biasalah, bulan Oktober ni memang dikaitkan dengan seram dan thriller. Jadi, filem The Influence ni ialah sebahagian daripada cara Netflix meraikan aura seram bulan ini. Namun, adakah filem ni mampu berdiri sebagai sebuah filem seram yang baik.

Jawapannya tidak semestinya! The Influence ni sebenarnya bukanlah sebuah filem yang memuaskan. Ianya ialah sebuah filem yang mungkin dibikin dengan cara yang cuba untuk jadi dark, tetapi gagal. Ianya macam sebuah filem yang cuba dibina dengan penuh penghayatan, tetapi juga gagal menyampaikan apa yang dikehendaki.

FIlem The Influence ni mengisahkan seorang ibu yang sedang nazak. Anak-anaknya kembali ke rumah untuk menjaga ibunya dan juga mendengar wasiat. Namun, semakin mereka menginap di rumah berkenaan yang sudah ditinggalkan lama mereka, diorang makin dihantui pelbagai misteri silam yang sukar dirungkaikan.

Kisah yang menarik tetapi sayangnya agak gagal dalam execution. Babak filem ni memang dark tetapi tidak sampai kepada matlamatnya. Aura seramnya juga kelihatan sederhana dan gagal untuk menyampaikan jiwa sebuah filem seram yang sepatutnya.

Kalau korang mengharapkan filem yang memang deliver keseramannya dengan pantas, filem ni bukanlah makanan korang. Ianya sebuah filem yang slow sangat dan kadangkala membosankan. In other word, filem The Influence ni memang membosankankanlah. Kalau tak tonton pun takpe sangat. Disarankan!

Tetapi bagi yang nak stream filem ni, aku boleh katakana yang korang perlu bersabar dengan misteri yang dikisahkan. Ianya memang sangat lambat! Macam siput!

Namun, dari sisi positif, filem ni memang ada plot twist yang boleh dikatakan agak baik. Itu mungkinlah penyelamat kepada sesiapa yang berjaya untuk tonton sampai penamat. Kalau berjaya tonton sekerat, tapi tertidur mungkin takkan tahu apa yang sebenarnya nak diceritakan oleh filem ni.

Aku juga turut menggemari beberapa babak filem ni especially babak kat dalam bilik mak diorang yang sedang nazak tu. Itu sememangnya babak-babak yang cukup naik bulu roma walaupun kebanyakan scene hanya sekadar biasa-biasa. Ada babak mengerikan yang cukup baik, tetapi sayangnya tidak cukup rasa.

Tetapi, The Influence tak dapat diselamatkan dari kebosanan. Aku juga ambil masa dua hari untuk layan filem ni sekerat-sekerat dan bersabar untuk menunggu plot twist. Tak tahulah kalau korang boleh untuk bersengkang mata untuk habiskan filem ni.

Kesimpulan ringkas, The Influence ni korang tak payah tonton pun takpe. Kisahnya ringkas. Menarik pada kisahnya tetapi penceritaannya sangat gagal untuk mengimbangi idea yang hendak disampaikan. Apapun, kalau korang nak tonton juga, The Influence kini sudah ada di Netflix. Layanlah jika ada masa bersama dengan bantal dan juga keropok ringan!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan