TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: In The Tall Grass (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Vincenzo Natali
Pelakon | Patrick Wilson, Harrison Gilbertson, Rachel Wilson

Netflix kembali lagi untuk menerbitkan filem adaptasi dari karya penulis hebat Stephen King. Kali ini, In The Tall Grass menjadi pilihan. Pada trailernya, In The Tall Grass ialah sebuah kisah yang nampak rare. Tak ada lagi kisah di dunia ni berkisar pasal ngerinya rumput yang membunuh dan menyesatkan manusia. Memang pada akal awal, idea ni pasti gempak apabila divisualkan.

In The Tall Grass secara basicnya bercerita tentang sebuah kawasan rumput tinggi yang mempunyai kisah ngerinya yang tersendiri. Siapa sahaja yang masuk ke dalam kawasan rumput tinggi itu akan tersesat dan tidak akan mampu mencari jalan pulang. In The Tall Grass bercerita tentang watak-watak yang terperangkap di situ dan bagaimana diorang cuba survive.

Menonton kisah yang mana karya asalnya ini ialah hasil nukilan bersama bapak dan anak, Stephen King dan Joe Hill ni agak menarik di fasa awal filem. Misteri berjaya dibina secara baik apabila penonton dibawa dengan pelbagai persoalan tentang rumput tinggi yang menjadi antagonis utama. Malah, beberapa part yang unpredictable menjadi bumbu untuk penonton terus menonton.

Tapi, di fasa kedua filem, filem ni jadi agak dragging. Berbekalkan sebuah kisah survival di dalam rumput tinggi, In The Tall Grass gagal untuk stretch sebuah kisah ringkas kepada naratif filem yang energetic. Kemuculan beberapa watak baru dan juga pertembungan watak-watak dengan batu misteri di tengah padang rumput tinggi tidak dijelaskan dengan baik dan sempurna.

Aku lebih mengharapkan banyak kejutan dalam filem ni yang menjadikan filem ni lebih rancak untuk dilayan. Namun, In The Tall Grass hanyalah sebuah filem yang hanya berdiri sebagai sebuah terjemahan yang mana sederhana dan cuba memanjangkan sebuah karya yang pada asalnya pendek. Semestinya ada cabaran di situ dan cabaran itu gagal direalisasikan.

Kekuatan filem ni mungkin pada visualnya. In The Tall Grass mencuri tumpuan dengan visual rumput yang sangat tinggi dan juga paparan beberapa scene rumput yang luas. Ya, rumput yang pada asalnya takdelah evil mana dalam dunia sebenar berjaya menjadi elemen yang menggerunkan dan menakutkan melalui paparan visual.

Agak sayang juga apabila Patrick Wilson tidak diberi pengembangan yang baik. Malah, beberapa watak juga seakan tidak berkembang dengan baik. Mungkin ini berlaku kerana percubaan pengarah untuk mengembangkan kisah asal yang pendek untuk menjadi panjang.

Dari segi gruesomeness, filem ni takde la ngeri mana. Seram pun takde sangat. Jumpscare pun takde. Jadi, mungkin penonton yang mengharapkan elemen-elemen sebegini akan sedikit kecewa dengan filem ini.

In The Tall Grass mungkin gagal untuk diadaptasi dengan sempurna. Kebenarian Vincenzo Natli untuk strechkan idea yang pendek ni agak gagal. Tidak seperti The Hobbit yang mana sebuah buku yang berjaya dibelah tiga menjadi trilogi tersendiri, In The Tall Grass ialah sebuah karya Stephen King yang mana mungkin akan dinikmati oleh peminat tegar penulis thriller berkenaan sahaja.

Bagi aku, In The Tall Grass ni takdelah hebat mana. Dan aku hanya menonton kerana adanya Patrick Wilson sahaja.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

Inilah Inspirasi Sebenar Restoran Mamak Maju Dalam 'Ejen Ali The Movie'

'Sembil9n', Drama Bersiri Ala 'The Walking Dead' Versi Malaysia?

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Aziz M. Osman Bakal Bikin Filem Terbaru Melibatkan Senario

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

M. Night Syamalan Dalam Perbincangan Untuk Arahkan Filem MCU

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'