Ulasan Filem: Raatchasi (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Sy Gowtamraj
Pelakon | Jyotika, Hareesh Peradi

Bagi para guru, Raatchasi seakan-akan satu bahan yang selalu dicadangkan kepada mereka untuk ditonton. Ada yang menyatakan filem ni memang menempelak pelbagai isu dalam system pendidikan walaupun ada perbezaan di satu dua bahagian. Yalah, guru itu kerjanya sama sahaja satu dunia, dan Raatchasi dikatakan cuba untuk sampai ke akar isu itu dengan gayanya tersendiri.

Menonton filem ni memang agak luar biasa. Mungkin korang yang mengharapkan filem yang mempunyai aksi gasak yang hebat dan juga pelbagai aksi gangster boleh abaikan filem ni. Sebab semua elemen tu tiada dalam filem ni.

Raatchasi secara ringkasnya mengisahkan Geetha Rani, seorang pengetua yang baru ditempatkan di sebuah sekolah kerajaan yang daif dan mempunyai masalah dari pelbagai sudut. Dari perangai guru, kepada sikap perkauman antara murid, memang sekolah ni penuh dengan masalah. Dan sepanjang filem ni, kita melihat bagaimana Geetha Rani cuba untuk menyelesaikan semua isu ni dari satu masa ke masa.

Pada pandangan aku, filem ni memang sebuah filem ceramah. Ianya macam menonton ceramah perdana, tapi dengan adanya lakonan dan juga dialog yang tajam. Yelah kan, Tamil dan Bollywood ni tak sah kalau dialognya tak tajam. Memang kebanyakan dialog dalam filem ni yang dilontarkan oleh Geetha Rani seakan satu mesej tentang apa yang filem ni mahu sampaikan.

Ini yang menjadikan Raatchasi sebuah filem yang unik. Ianya cuba untuk menjadi serealistik mungkin untuk memaparkan masalah di sekolah kerajaan. Dengan berbekalkan lakonan Jyotika yang cukup memuaskan, filem ni berjaya menyampaikan mesejnya untuk difikirkan sama-sama untuk penonton khususnya para guru.

Walaupun filem ni lebih kepada elemen ceramah dan dialog, adalah juga satu dua tempat dimana ada aksi. Tapi, ianya cukup minimal sekadar untuk mengalas mata bagi penonton yang mahukan elemen Tamil. Ada juga elemen komedi yang sederhana, tetapi cukuplah dengan penyampaiannya untuk hiasan.

Jyotika ialah kuasa utama filem ni. Sepanjang filem ni, wataknya ialah satu tiang yang memang cukup kuat untuk membawa atak pengetua yang sangat strict dan tegas. Lakonannya berjaya memberikan kekuatan kepada filem ni dan menjadikan filem ni antara lakonannya yang sangat baik dan memuaskan.

Pada aku, secara tersirat, filem ni menjadi sebutan ramai kerana isu yang disampaikan ialah sangat dekat dengan jiwa masyarakat. Itu yang menjadikan filem ni sangat menarik dan juga wajar ditonton oleh segenap penonton terutama pendidik.

Kesimpulannya, Raatchasi ni ibarat pedang yang menghiris ke akar umbi dengan menyentap darah semangat pendidik untuk memikirkan hakikat untuk menjadi pendidik. Bagi penonton biasa, mungkin juga korang akan dibawa untuk memahami sistem pendidikan yang ada di India, dank orang dapatlah relate sikit-sikit dengan sistem pendirikan kita.

Tapi, in the end, tidak semua paparan Raatchasi ini menggambarkan kehidupan sebenar sistem pendidikan Malaysia. Tak semua guru yang sepertimana gambaran Raatchasi. Namun, filem ni tetap menghiburkan untuk sebuah filem Tamil yang penuh dengan ceramah tentang isu pendidikan.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan