[Mesti Baca Buka Minda!] Asal Usul Hikayat Aladdin Dan Kisah Hikayat 1001 Malam


Ramai yang mengenali Aladdin daripada filem Aladdin terbitan Disney. Namun, Aladdin mempunyai sejarah yang panjang dan cukup menarik untuk diimbas kembali.

DARI MANA ASAL USUL KISAH ALADDIN?

Jawapannya, ialah daripada koleksi hikayat berjudul 1001 Malam. Alkisah terciptanya Hikayat 1001 Malam ni mengerikan.

Kisahnya bermula di suatu masa dulu, adanya raja bernama Shahyar. Raja ini dapati isterinya berselingkuh. Disebabkan itu, Shahyar memancung isterinya.

Dia lalu menganggap semua anak dara sama. Lalu, setiap kali dia menikahi anak dara baru, maka selepas malam pertama, dia akan memancung isterinya itu untuk mencari yang baru pula. Dikatakan sampai satu masa, habis anak dara di negara takluknya.

Setelah pencari anak dara gagal mendapatkan anak dara untuk Shahyar, maka muncul seorang anak dara bernama Scheherazade yang merelakan diri untuk mengahwini Shahyar.

Pada malam pertama, Scheherazade tidak seperti anak dara lain. Scheherazade memulakan cerita hikayat kepada Shahyar dan kemudian, cerita itu digantung sebelum sambunganya diperdengarkan malam berikutnya. Dan selepas habis satu hikayat, Scheherazade memulakan hikayat baru dan menghentikan di pertengahan dan menyambung pada malam berikutnya.

Raja yang asyik mendengar tidak jadi membunuh Scheherazade dan akhirnya semua hikayat itu dihimpunkan menjadi Hikayat 1001 Malam.

ALADDIN BUKAN HIKAYAT ASAL 1001 MALAM


Walaupun ramai mengetahui Aladdin ialah dari Hikayat 1001 Malam, ramai yang tak tahu Aladdin bukanlah cerita dari naskah asal Hikayat 1001 Malam yang berbahasa Arab.

Kisah Aladdin ditambah setelah penterjemah naskah 1001 Malam dari Eropah, Antonie Gallan menterjemah naskah itu pada kurun ke 18. Penceritaan Aladdin dikatakan diambil dari pengembara Siria yang singgah di Paris bernama Hanna Diyab.

Uniknya, Aladdin pada cerita asal yang ditulis oleh Antonie Gallan berlatar belakangkan negara China dan bukannya negara Arab. Namun, background budaya Aladdin tidak didedahkan sama ada dia seorang berketurunan China atau tidak.

Selepas ditambah dalam 1001 Malam, hikayat Aladdin mempunyai pelbagai versi dan penceritaannya yang pelbagai selaras dengan peredaran zaman.


ALADDIN VERSI DISNEY... 

Aladdin versi Disney tidak mengambil sepenuhnya dari Hikayat 1001 Malam. Hollywood memulakan adaptasi perjalanan Aladdin pertamakalinya melalui filem Thief of Bhagdad terbitan tahun 1924. Selepas itu, filem itu di remake pada 1940 oleh pengarah Oscar, Alexander Korda.

Dan Aladdin versi Disney menggunakan kisah filem 1940 ini untuk versi animasi mereka yang diterbitkan pada tahun 1992. Cuma, disebabkan masalah politik dan tidak membabitkan kota Saddam Hussein, kota Baghdad ditukar kepada kota rekaan bernama Agrabah.

Dan selepas itu, Aladdin versi Disney pun menjadi popular dan menjadi cerita yang dibawa dari masa ke masa.

Tapi, ramai tak tahu, sebelum Aladdin versi Disney muncul, animasi Aladdin sudah diterbitkan pada 1954 dengan kartun tanpa suara dan tanpa warna.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan