Timeline Sebenar Kesemua Filem 'Fast & Furious', Korang Mesti Tak Perasan Kan?


Francais Fast and Furious sememangnya sudah dikenali. Filem yang bermula dengan filem lumba haram bertukar menjadi antara filem heist paling menguntungkan bagi Universal Pictures.


Kronologi filem ni sememangnya sedikit berserabut dimana beberapa filem berlaku sebelum Fast and Furious: Tokyo Drift dan beberapa filem pula berlaku selepas filem itu. Filem Fast and Furious 7 sebenarnya menjelaskan banyak benda sekaligus memberikan latar masa filem filem sebelumnya dengan lebih jelas. Tak percaya, nah, kami jelaskan.

Dalam babak awal filem ni, kita ditunjukkan dengan kubur Letty, yang mana tertera tahun 'kematiannya' pada tahun 2009. Ini selari dengan tahun terbitnya filem Fast and Furious 4 (2009). Filem ini menjadi satu satunya filem yang menyelaraskan tahun filem filem filem lain dalam francais Fast and Furious.

Dalam filem Fast and Furious 4 (2009), Mia pernah menyatakan kepada Brian bahawa sudah 5 tahun mereka bertemu. Jika dialog ini berlaku pada tahun 2009, iaitu tahun terbitnya filem Fast and Furious 4, maka filem The Fast and The Furious (2001), yakni filem pertama francais ini sebenarnya berlaku pada tahun 2004.

Dalam Fast Five (2011), Mia mengandung. Dan disebabkan filem ini berkesinambungan terus dari Fast and Furious 4, dimana Brian dan Mia menyelamatkan Dom dari bas penjara, maka tahun berlakunya kejadian dalam filem ini ialah tahun 2010.

Mia akhirnya melahirkan anak dalam Fast and Furious 6 (2013). Namun, filem ini berlaku selepas Jack, anak kepada Brian dan Mia sudah setahun. Makanya, boleh dikatakan bahawa kejadian dalam filem ini berlaku sekitar tahun 2012.

Dalam Furious 7 (2015), Jack dah masuk pra sekolah. Umurnya boleh dianggar 3 tahun, sekaligus meletakkan kejadian dalam filem ni berlaku dalam tahun 2014. Kalau nak ikutkan, memang filem Furious 7 nak diterbitkan tahun 2014, namun ianya diubah susulan kematian Paul Walker.

Jika filem Furious 7 berlaku pada tahun 2014, maka filem Tokyo Drift (2006) berlaku dalam sekitar tahun 2013 hingga 2014 walaupun teknologi telefon dalam filem Tokyo Drift agak ketinggalan dengan garis masa filem ini.

Dalam Furious 7 (2015), kita juga diperjelaskan tentang kematian Han dimana Deckard Shaw menghubungi Dom dan meletupkan rumah pada masa sama. Babak ini amat penting juga untuk menjawab kehadiran Dom ke Tokyo dalam post credit Tokyo Drift.

Kita tak nampak babak kehadiran Dom ke Tokyo dalam Furious 7, namun, sememangnya cameo Dom dalam Tokyo Drift berlaku di dalam filem Furious 7. Berkemungkinan Dom hadir ke Tokyo untuk ambik mayat Han sekaligus mempertemukannya dengan Sean.

Di dalam Furious 7, kita diperkenalkan dengan Mr Nobody yang menjadi penerus kepada filem The Fate of the Furious. Jadi, boleh dianggarkan bahwa filem kelapan Fast and Furious berlaku setahun selepas kejadian Furious 7 iaitu tahun 2015.

Nah, semuanya dah connected!

Ini lebih mudah. Tahun sebenar vs tahun terbitnya filem.

2004 - The Fast and The Furious (2001)
2005 - 2 Fast 2 Furious (2003)
2009 - Fast and Furious 4 (2009)
2010 - Fast Five (2011)
2012 - Fast and Furious 6 (2013)
2013 hingga 2014 - Tokyo Drift (2016)
2014 - Furious 7 (2015) 2015 - The Fate of the Furious (2017)


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan