Huraian Babak Kemuncak Filem 'Venom' [SPOILER ALERT]

Pengakhiran filem Venom memberikan ruang untuk watak Eddie Brock menjadi lebih menarik. Sebelum itu, perlu dijelaskan bahawa Venom tiada kaitan dengan dunia universe Spider-man yang berada dalam MCU. Namun, ianya masih menarik untuk dibincangkan tentang bagaimana filem ini berakhir dan membuka ruang untuk sekuel.

Kitorang akan huraikan apa yang terjadi di akhir filem Venom. Ambil maklum bahawa perenggan selepas ini akan mengandungi MAJOR SPOILER. Jadi, jika anda masih belum menonton filem Venom, anda tidak dinasihatkan untuk meneruskan bacaan.

-

-

-

-

-

-

-

-

-

HURAIAN BABAK KEMUNCAK FILEM 'VENOM'


Di akhir filem, kita diperkenalkan dengan watak Riot yang mana merupakan ketua pasukan kepada Symbiote yang mana mahu kembali ke planet mereka untuk membawa segerombolan Symbiote untuk memusnahkan bumi. Riot berjaya menghuni badan Carlton Drake dan mengarahkan ketua Life Foundation itu untuk memberikan sebuah roket kepadanya.

Venom yang menghuni badan Eddie Brook berjaya menghalang roket Riot dengan membocorkan tangki roket lalu menyebabkan letupan besar. Sebagaimana yang kita tahu, api ialah antara kelemahan Symbiote, jadi setakat yang kita tahu Riot sudah pun ternbunuh. Venom pula mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan Eddie Brook, namun akhirnya kita ketahui bahawa Venom tidaklah mati.

Filem ini berakhir dengan watak Eddie Brook cuba untuk mencuri semula hati Anne Weying yang meninggalkannya. Dan kini, Venom hidup di dalam badan Eddie Book dan menjadi sahabat sejatinya sepanjang hidup untuk menumpaskan orang jahat.

BAGAIMANA VENOM TERSELAMAT DARI LETUPAN?


Ini ialah persoalan yang menarik untuk dibahaskan. Bagaimana Venom boleh terselamat daripada api yang menjadi kelemahannya? Satu penjelasan yang mudah ialah di sepanjang filem ini, kita dapat ketahui bahawa jika manusia membenarkan Symbiote menghuni badan mereka, maka Symbiote akan terus mempertahankan manusia tersebut.

Jadi, apabila Venom berdampingan dengan Eddie Brook dan bersatu mencapai simbiosis, mungkin perkara ini yang menyebabkan Venom boleh terselamat daripada letupan. Hal ini sekaligus menjadikan Eddie Brook lebih berkuasa daripada biasa apabila pasangan itu bekerjasama untuk menumpaskan penjahat.

EDDIE BROOK DAN VENOM MENJADI 'THE LETHAL PROTECTOR'


Di akhir filem Venom, Eddie Brook dan Venom nampaknya bersatu. Mereka bersetuju untuk hidup bersama dan bekerjasama untuk menumpaskan penjahat. Contoh yang dipaparkan di akhir filem ini ialah apabila Venom membunuh pemeras ugut di kedai runcit yang dia selalu beli.

Walaupun pengakhiran ini kelihatan agak pelik kerana kita dimomokkan dengan scene tersebut di dalam trailer, ianya mungkin sesuatu yang menarik untuk dibincangkan. Babak akhir filem Venom itu sebenarnya merujuk kepada bagaimana Eddie Brook dan Venom bersepakat untuk tidak membunuh lagi dan sekaligus membawa kepada terbitnya komik khusus untuk Venom iaitu Lethal Protector.

Di dalam komik Lethal Protector, Venom menjadi hero kepada penduduk di San Francisco! Dan dari komik Lethal Protector jugalah filem Venom diadaptasikan. Sebab itulah watak Spider-man tiada dalam filem ini kerana komik itu sendiri tidak ada kaitan dengan Spider-man.

ADAKAH VENOM AKAN MEMENANGI HATI ANNE KEMBALI?


Filem Venom ialah sebuah filem yang laju apabila ianya memuatkan pelbagai plot dalam satu filem. Antara plot filem ini yang diketepikan ialah Anne Weying. Watak Anne Weying menjadi kekasih hati kepada Eddie Brook sebelum dia break-up di pertengahan filem dan masih berkawan dengan Eddie Brook.

Hampir kepada penamat, kita juga melihat bahawa Anne Weying juga boleh menerima Symbiote dan menjadikannya She-Venom. Ya, She-Venom muncul sekali sahaja dalam filem ini sebagai cameo ketika Venom mahu berpindah semula kepada Eddie Brook selepas berpisah di hospital kerana satu insiden.

Walaupun kemunculan Anne Weying sebagai She-Venom sangat singkat, ianya memberi ruang untuk kemunculan di masa hadapan. Ketika Venom berada di dalam tubuh Anne Weying sebagai She-Venom, Venom cuba untuk memperbaiki hubungan Eddie Brook dan Anne Weying dalam masa yang sama.

Aspek ini akhirnya membawa kepada teori bahawa mungkin Anne akan kembali bersama Eddie dalam filem yang akan datang.

KESIMPULAN

Venom sebenarnya ialah sebuah filem yang cuba untuk memberi pembuka kepada dunia Venom yang bakal diciptakan. Pelbagai persoalan dan juga spekulasi boleh dibuat untuk Venom 2 yang masih belum tahu akan ada atau tidak. Apapun, filem Venom pertama tanpa Spider-man ini menjadi antara filem yang dikritik hebat pengkritik. Berharap supaya kutipan filem ini baik supaya Venom 2 boleh diterbitkan.

Venom kini di pawagam!




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan