Analisa Dan Huraian Penuh Plot Filem 'The Handmaiden' [SPOILER ALERT]


The Handmaiden ialah sebuah filem 2016 yang merupakan karya terbaru pengarah filem Oldboy, Park Chan-wook yang mana mendapat pujian di Cannes Film Festival. Filem ini diadaptasi daripada novel bertajuk Fingersmith tulisan Sarah Waters. Kami akan huraikan kekusutan plot filem ini dan melihat apa yang ingin disampaikan dalam filem ini.


Ambil maklum bahawa perenggan selepas ini mempunyai MAJOR SPOILER yang akan merosakkan tontonan korang jika masih belum menontonnya. Anda dinasihatkan tidak membacanya jika belum menonton.

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

KONSEP PENCERITAAN

Filem ini diceritakan dalam tiga bahagian. Bahagian pertama ialah dimana kita melihat perancangan Sook-hee dan Fujiwara yang cuba untuk menipu Izumi. Dan tanpa sedar, Fujiwara yang sebenarnya nak menipu Sook-hee supaya dihantar ke wad gila. Bahagian pertama ini lebih kepada mengajak penonton untuk berfikir.

Bahagian kedua filem ini merujuk kepada perancangan Fujiwara yang sebenar. Kita akan melihat kembali beberapa babak di dalam bahagian pertama dan sebelum bahagian pertama terjadi dengan lebih jelas. Kejutan di sini ialah Izumi dan Sook-hee nampaknya tidak mengikut perancangan Fujiwara dan cuba untuk jatuhkan Fujiwara.

Bahagian ketiga ialah solusi. Ini ialah bahagian yang memberi kita gambaran penuh terhadap apa yang terjadi.

HURAIAN PENUH FILEM ‘THE HANDMAIDEN’

Izumi dijaga ibu saudaranya ketika dia muda. Ketika Izumi masih muda, ibu saudaranya bekerja sebagai pembaca buku erotik kepada seorang pengumpul buku, Kouzuki. Namun, ibu saudaranya itu akhirnya membunuh diri kerana tidak tahan dengan seksaan kerjayanya. Kerjaya ibu saudara Izumi bukan hanya sekadar membaca naskah erotik, tetapi turut menghiburkan penonton dengn

Izumi tidak tahu bagaimana ibu saudaranya itu meninggal. Kouzuki hanya memberitahu bahawa ibunya dibunuh oleh dia dan mengingatkan bahawa jika dia lari, dia akan berhadapan dengan nasib yang sama dengan ibu saudaranya.

Apabila Izumi membesar, Kouzuki merancang untuk mengahwini Izumi untuk mengambil kekayaannya.Datanglah pula Fujiwara yang datang ke rumah Kouzuki sebagai pelukis untuk Kouzuki. Fujiwara datang atas niat jahat. Dia sebenarnya mahu ambil kekayaan Kouzuki. Lalu, dia cuba untuk memikat Izumi.

Malangnya, Izumi bukanlah gadis yang mudah untuk digoda. Fujiwara memberitahu Izumi bahawa dia ada perancangan untuk melarikan dirinya daripada Kouzuki. Perancangannya mudah. Fujiwara akan cari seorang pembantu rumah yang akan menukar identiti dengan Izumi. Izumi akan diisytihar sebagai gila dan akan ke wad gila sekaligus menyebabkan Kouzuki tidak akan menikahinya. Izumi bersetuju.

Lalu, datanglah Sook-hee, seorang gadis pencuri naif yang diminta oleh Fujiwara untuk memainkan peranannya tanpa mengetahui perancangan asal. Fujiwara memberitahu Sook-he bahawa dia mahu Sook-hee membantunya untuk mengaut kekayaan Izumi. Sook-hee menggunakan nama Tamako semasa bekerja menjaga Izumi. Pada malam pertama kehadirannya, Izumi memberitahu Sook-hee/Tamako yang ibu saudaranya bunuh diri di pokok ceri di luar rumah.

Pada keesokan harinya, Sook-hee merima surat rujukan pekerjaannya lalu menyerahkan kepada Izumi. Sebenarnya, surat tersebut bukanlah surat rujukan pekerjaan tetapi sebaliknya tulisan Fujiwara kepada Izumi untuk bergerak kepada perancangan seterusnya. Sook-hee/Tamako sebenarnya tidak menyedari hal itu kerana dia buta huruf.

Izumi cuba pura-pura seperti tidak ada apayang berlaku dan tidak menunjukkan hubungan cintanya terhadap Izumi walaupun Fujiwara sering datang mengajar Izumi melukis. Dalam masa itu, Izumi pula jatuh hati terhadap Sook-hee. Dan ketika itu, dek kerana kasihankan Sook-hee yang naif, Izumi dedahkan perancangan asal Fujiwara yang tidak diketahuinya.

Fujiwara, Izumi dan Sook-he dah jadi rapat. Fujiwara cinta Izumi. Izumi pula sayang kepada Sook-hee. Sook-he pula berdendam dengan Fujiwara. Izumi bersetubuh dengan Sook-hee pada satu malam sekaligus merapatkan hubungan cinta pelik mereka. Fujiwara tidak menyedari Izumi sudah beralih arah.


Dek kerana kasihankan Izumi, Sook-hee dedahkan perancangan Fujiwara untuk kaut keuntungan dan niat sebenar pada satu malam selepas Izumi cuba bunuh diri. Izumi pula yang sedar Sook-hee sendiri tidak tahu perancangan asal iaitu untuk menjadikan Sook-hee sebagai kambing hitam memberitahu niat asal Fujiwara. Sook-hee lalu berkahwin dengan Izumi untuk mengaburi perancangan terbaru mereka, iaitu menjatuhkan Fujiwara. Fujiwara menjadikan sebekas racun sebagai mas kahwin kerana ianya lebih berharga daripada segaanya.

Kouzuku keluar atas urusan penting selama seminggu. Izumi dan Sook-hee gunakan peluang ini untuk melarikan diri dan dibantu Fujiwara. Selepas melarikan diri daripada rumah, Fujiwara ingin berhubungan intim dengan Izumi. Malangnya, Izumi hanya melalukan masturbasi untuk berpura-pura didengari seperti sedang bersetubuh dari bilik Sook-hee di sebelah biliknya. Fujiwara lalu berjaya mengeluarkan kekayaan Izumi. Perancangan asalnya, Izumi akan dibawa ke wad gila.

Setiba di wad gila, Sook-hee memainkan peranannya seolah-olah dia tidak tahu apa-apa yang berlaku. Sok-hee dimasukkan ke dalam wad gila seperti perancangan Fujiwara dan Izumi yang asal. Namun, Sook-he tidak berada lama di dalam wad. Sebuah kebakaran menyebabkan dia berjaya larikan diri.


Izumi pula meneruskan perancangan dia dan Sook-hee. Ketika Fujiwara mahu bersetubuh secara paksa dengannya, Izumi meracuni Fujiwara dengan racun yang diberikan sebagai mas kahwin pernikahannya. Fujiwara pengsan seharian dan dibawa kepada Kouzuki. Ketika dalam kenderaan menuju ke rumah Kouzuki, Fujiwara menghisap tiga batang rokok berwarna putih lalu meninggalkan tiga rokok berwarna biru di dalam bekas rokoknya.

Dia diseksa dengan jarinya dipotong. Pada masa ini, Izumi dan Sook-hee menggunakan identity palsu dan melarikan diri bersama duit harta Kouzuki. Kouzuki meminta Fujiwara menceritakan tentang kisah malam pertamanya sambil dia menghisap rokok berwarna biru. Asap rokok memenuhi ruang bawah tanah tempat seksaan lalu menyebabkan Kouzuki dan Fujiwara mati menghisap asap beracun dari rokok tersebut.

Filem ini berakhir dengan Izumi dan Sook-hee berhubungan intim di dalam bilik kapal mewah sambil memasukkan bebola anting ke dalam vagina mereka.

TENTANG PENGKHIANATAN

Filem ini jelas bercerita tentang pengkhianatan dalam diam. Tiada siapa pun yang boleh mengagak soal hati dan sayang. Begitulah yang dihadapi oleh Izumi. Cinta kadangkala gagal untuk menyebabkan seseorang boleh berubah. Semua perkara akan menjadi kacau bilau. Dan dalam kisah ini, cinta menyebabkan pengkhiatan.

Fujiwara melihat Izumi dan Sook-hee sebagai gadis yang senang dimanipulasi. Namun, dia gagal melihat bahawa cinta mereka menyebabkan imaginasi mereka merosakkan perancangan asal yang dirancang.

Kebahagiaan sebenarnya bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa. Kebahagiaan itu perlu kita pilih dan terima. Izumi sebenarnya bijak lebih daripada apa yang disangka. Fujiwara gagal untuk melihat di sebalik itu dan hanya menganggap Izumi sebagai gadis murahan yang hanya menjadi pelampias nafsu lelaki.


DERITA DALAM DIAM

Paparan watak Izumi menunjukkan bagaimana martabat wanita pada zaman tersebut amatlah rendah. Wanita dijadikan alat pemuas nafsu lelaki dan tidak ada darjat yang tinggi. Dalam filem ini, kerjaya ibu saudara Izumi sebagai seorang pembaca naskah erotik kepada lelaki kelas atasan ialah satu pekerjaan yang agak hina.

Selepas membacakan naskah erotik yang menjentik imaginasi lelaki, ibu saudara Izumi dipaksa pula berhubungan seks dengan patung kayu. Walaupun penderitaan itu tidak ditunjukkan oleh ibu saudaranya, akhirnya ibu saudara Izumi pilih untuk bunuh diri.

Penindasan terhadap wanita berlaku dengan meluas pada zaman dahulu. Dan kisah ini memaparkan dengan jelas bahawa kaum lelaki menjadi kuasa besar dan menggunakan kuasa mereka untuk mengawal wanita. Namun, filem ini cuba untuk berbicara supaya berhati-hati dengan kuasa wanita. Kadang-kadang apa yang disifatkan sebagai kenaifan sebenarnya ialah kebijakan. 

KESIMPULAN

The Handmaiden ialah sebuah filem yang agak berat dan juga amat sukar untuk ditonton. Filem ini mengungkap isu lesbianisme namun pada masa yang sama mengungkapkan plot tragis yang amat dalam maknanya. Apapun, korang dinasihatkan untuk membuat penilaian sendiri terhadap penontonan filem ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan