Munira Khairuddin, Superhero DC Comics Dari Malaysia Yang Mirip 'Black Widow'


Tahukah korang bahawa DC Comics pernah menerbitkan satu watak superhero yang berasal dari Malaysia? Ya! Namanya ialah Munira Khairuddin. Munira 'Muni' Khairuddin muncul pertamakalinya dalam komik Batgirl #32 pada Ogos 2014 dengan membawa watak samaran Obscura. Munira mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri dan juga merupakan seorang spy.


Watak Obscura ini dicipta oleh Gail Simone dan Fernando Pasarin. Munira dan Barbara Gordon (Batgirl) ialah kawan baik semasa belajar bersama di Gotham University. Walaupun begitu, Munira menghilang secara mengejut. Barbara menganggap Munira sudah mati. Namun, selepas beberapa tahum barulah Barbara tahu bahawa Munira direkrut ke dalam satu kumpulan elit anti-pengganas.

Gaya Munira mirip Black Widow dari komik Marvel. Gail Simone pernah menjelaskan bahawa watak Munira adalah berdasarkan seorang gadis Malaysia bernama Munira Mustaffa. Munira di alam sebenar ialah seorang bijak pandai dalam anti-keganasan dan keselamatan. Pergh! Harap satu hari nanti Munira akan join DCEU!


Catat Ulasan

0 Ulasan