Dawn Raid: Kisah Sebenar Serang Hendap Kuala Lumpur Ke Atas Kota London

Beberapa hari ini,viral tentang filem terbaru Bront Palarae, Dawn Raid. Filem yang buat masa ini masih belum diketahui tarikh tayangannya menarik penonton untuk menyatakan minat untuk menyaksikan filem tersebut apabila ditayangkan kelak. Tak ramai yang tahu apa kisah sebenar daripada kisah serangan subuh ini.


Kami akan kongsikan bagaimana kisah benar yang mencatat sejarahnya tersendiri apabila Malaysia berjaya membeli saham Guthrie daripada British dalam serangan kurang daripada 4 jam pada tanggal 7 September 1981.

APA SEBAB GUTHRIE JADI SASARAN?

Guthrie menjadi sasaran apabila British kerapkali menolak cadangan kerajaan Malaysia untuk menanam semula pokok getah. Penanaman semula ini sebenarnya dicadangkan bagi membantu para petani dan penoreh getah Melayu untuk menambahkan pendapatan. Malah, syarikat British itu kerap kali menangguhkan mesyuarat dengan wakil kerajaan Malaysia.

Selain itu, kerajaan British juga kerap kali melakukan beberapa limitasi terhadap Malaysia apabila Tun Mahathir menjadi perdana menteri pada tahun 1981. Antara limitasi yang dilakukan ialah menghentikan subsidi bagi pendidikan pelajar Malaysia di United Kingdom serta menaikkan kadar yuran pengajian.

Malah, kerajaan British juga menolak cadangan Malaysia untuk mendapatkan hak pendaratan tambahan di lapangan terbang Heathrow untuk syarikat penerbangan Malaysia, Malaysia Airline. Lagi mengeruhkan keadaan, kapal terbang supersonic British, Concorde telah menceroboh ruang udara Malaysia tanpa kebenaran ketika perjalanannya ke Singapura.

Perkara ini kelihatan menunjukkan bahawa British sebenarnya masih bermain-main dengan Malaysia. Walaupun Malaysia sudah dilepaskan daripada penjajahan, British kelihatan tidak melepaskan Malaysia sebebas-bebasnya.

PERANCANGAN AWAL

Perancangan untuk menyerang syarikat Guthrie bermula setahun sebelum Tun Mahathir menhadi menteri. Perkara ini ialah idea Datuk Ismail Ali, pengerusi PNB pada ketika itu. Empat bulan sebelum serangan, sebuah agensi kerajaan Malaysia yang dipimpin seorang pengurus pelaburan bernama Tan Sri Khalid Ibrahim diberi tugas untuk mengkaji dan membuat strategi.

Hasil kajian, pasukan tersebut menemui kecacatan pada London Stock Exchange Act yang boleh dipergunakan. Kelemahan ini ialah antara perkara yang boleh digunakan untuk serangan namun ianya harus dilakukan dengan pantas.

Sebanyak £282 juta diambil dari 3 sumber iaitu Petronas, Pernas dan Amanah Saham Nasional (ASN) dengan persetujuan perdana menteri Malaysia, Tun Mahathir. Untuk menyembunyikan perancangan ini, Tan Sri Khalid dinasihatkan oleh Rothschild (salah satu badan perbankan yang membantu) untuk membuka sebuah bank di Switzerland bagi memproses pembayaran pembelian saham.

Bagi memastikan kerahsiaan dan kejayaan serangan, hanya sekumpulan kecil perancang yang terlibat sahaja diberi taklimat secara teliti. Perancangan mereka ialah mereka harus membeli kesemua saham London Stock Exchange pada awal pembukaannya dan dilakukan dengan amat pantas dan rahsia.

Serangan ini berjaya dan tiada siapa pun menyedari bahawa Guthrie sudah dimiliki Malaysia dalam masa kurang dari 4 jam. Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya menyedari pemilikan syarikat tersebut hanya melalui berita di radio. Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher pula hanya mengetahui hal ini beberapa hari kemudian.

Dalam masa 3 bulan selepas serangan subuh, kebanyakan saham-saham Guthrie beransur-ansur menjadi miik Malaysia. Malaysia memiliki kesemua saham Guthrie pada penghujung 1982. Pengurusan Guthrie diambil alih oleh Dato Ismail Ali. Ibu pejabat Gutrie pula berpindah dari London ke Kuala Lumpur.


KESAN SERANGAN SUBUH KEPADA MALAYSIA

Selepas kejayaan serangan, syarikat-syarikat British di Malaysia yang tidak pernah memberi perhatian kepada Malaysia mula membuka ruang untuk rundingan. Selepas Guthrie, 3 buah syarikat perladangan British lain menjual hak milik mereka kepada kerajaan.


Pada 1983, selepas Tun Mahathir dan Margaret Thatcher berjumpa untuk mesyuarat, beberapa resolusi telah dipersetujui. Antaranya ialah kerjaan British akan menawarkan bantuan kewangan sebagai subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang menuntut di UK. Malah, syarikat penerbangan Malaysia Airline juga diberi hak pendaratan di Heathrow.

KESIMPULAN

Kejayaan ini menunjukkan bahawa Malaysia sebenarnya ialah sebuah kuasa yang hebat yang tidak boleh dipandang mudah. Dawn Raid ialah sejarah yang menunjukkan bahawa anak muda Malaysia sebenarnya hebat dan boleh dikagumi. Apatah lagi pada masa itu, kepimpinan Tun Mahathir yang memang benci kepada sikap British menambahkan semangat untuk melakukan serangan.

Dawn Raid kini dalam proses untuk dijadikan filem oleh Bront Palarae. Kita doakan proses pembikinan filem ini berjalan lancar.


Diubahsuai dan diringkaskan dari sumber: 

Catat Ulasan

0 Ulasan