Teori dan Segala Kemungkinan Tentang Keberadaan 'Soul Stone'


Infinity Stones telah menjadi perkara yang dibualkan dalam perjalanan filem Marvel Cinematic Universe. Sepanjang 10 tahun, 18 filem-filem superhero ini diterbitkan dengan pelbagai gaya dan juga dipenuhi easter egg yang akhirnya membawa kepada Infinity War. Infinity Stones ada enam kesemuanya, Time, Space,Power, Mind, Reality dan yang masih belum temui Soul!


Jadi, persoalannya, di manakah Soul Stone? Kami huraikan secara ringkas tentang pelbagai teori yang wujud semenjak filem Infinity War menjadi fenomena yang ditunggu-tunggu!

1. Di Wakanda

Antara teori yang popular di kalangan peminat ialah batu tersebut berada di Wakanda. Berkemungkinan soul stone mungkin terdapat di kalangan vibranium yang dilombong. Walaupun di dalam filem Black Panther, batu itu tidak ditemui dan tiada klu mengenainya, pemilihan T'challa untuk mendedahkan Wakanda keseluruh dunia bakal menyebabkan Wakanda mendapat perhatian yang tidak terduga dari Thanos.

2. Di Asgard

Jika korang menonton semula filem Thor: The Dark World, kita akan mengingati bahawa Heimdall boleh melihat apa sahaja di semua sembilan dunia. Jikadia mampu melihat kesembilan dunia, maka semestinya Heimdall mungkin ada kaitan dengan batu tersebut. Mungkin juga batu tersebut ada kaitan dengan matanya yang berwarnaoren.

Dalam filem Age of Ultron, Thor mendapat bayangan bahawa Heimdall yang buta apabila Thanos mendatanginya untuk mendapatkan Soul Stone. Sesetengah peminat berspekulasi bahawa Odin menyimpannya di dalam penutup matanya, namun, ianya teori yang tidak dapat dikukuhkan kerana kematian Odin dalam Ragnarok. 

3. Tony Stark

Tony tidak boleh dikawal oleh tongkat Loki dalam filem The Avengers. Hal itu disebabkan dirinya dihidupkan menggunakan arc reactor yang dicipta. Jika Tony telah menggunakan Soul Stone untuk mencipta arc reactor, itu mungkin akan menjelaskan kenapa Loki tidak mampu mengawalnya dalam filem The Avengers dahulu. 

Malah, ketika Howard Stark menyatakan bahawa Tony Stark ialah penciptaannya yang paling agung, persoalan yang timbul ialah adakah Howard Stark menyembunyikan Soul Stone di dalam diri Tony Stark tanpa dia ketahui?

4. Guardians of the Galaxy Vol 3

Antara teori popular tentang keberadaan Soul Stone ialah bersama Adam Warlock yang mana takkan diperkenalkan lagi sehinggalah adanya Guardians of the Galaxy Vol 3. Di dalam komik, Adam Warlock sudah menjadi pemilik Soul Stone. Namun, teori ini masih belum konkrit kerana Adam Warlock hanyalah muncul beberapa saat sahaja di dalam post-kredit Guadians of the Galaxy Vol 2.

5. Di mana-mana

Mungkin batu itu tiada lagi untuk kita lihat kerana Thanos sudah memilikinya sejak awal. Walaupun di gauntletnya hanya ada dua batu yang sudah dia miliki, mungkin batu itu sudah ada dengannya sejak awal. Mungkin juga batu itu ada dalam filem Ant-man and the Wasp di dalam dunia quantum yang mana bakal diumpai oleh The Wasp. 

Mungkin juga batu itu ada dalam Captain Marvel. Kemungkinan ada di mana-mana.

Apapun, Avengers: Infinity War di pawagam 25 April 2018.

Catat Ulasan

0 Ulasan