'KL Special Force' Sebenarnya Berada Di Dalam Dunia 'KL Gangster' dan 'Gerak Khas'

KL Special Force sedang hangat ditayangkan di pawagam. Walaupun ada rasa-rasa hitam yang sedang menjahanamkan filem ini di pawagam, KL Special Force nampaknya sedang mendapat ulasan yang positif daripada audiens yang sudah menontonnya. Bagi mereka yang tidak memahami babak akhir filem ini dan apa falsarah yang ingin disampaikan, korang boleh merujuk artikel ini.


Tak ramai yang tahu bahawa sebenarnya filem ini sebenarnya berada di dalam dunia yang sama dengan KL Gangster dan juga Abang Long Fadil. Kami akan menjelaskan teori ini dengan bukti dan juga huraian. Perlu diingat bahawa PENULISAN KAMI SELEPAS INI MEMPUNYAI MAJOR SPOILER yang boleh merosakkan penontonan korang jika korang belum menonton filem ini lagi.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

TVKL MUNCUL LAGI

Dalam filem Abang Long Fadil (2017), Syafiq Yusof memasukkan watak Yana sebagai wartawan TVKL yang menyiasat tentang kes pembunuhan yang didalangi oleh Tiger. TVKL pernah muncul dalam dua buah filem Gerak Khas yang diterbitkan pada tahun 2001 dan 2002. Di dalam dua buah filem ini, watak wartawan TVKL dilakonkan oleh Normala Shamsudin.

Syafiq memunculkan sekali lagi TVKL dalam babak awal filem KL Special Force. Perhatikan sebelum Zul pergi kerja dan menonton TV tentang geng Anarkis yang tidak berjaya dikesan. Berita yang disiarkan itu ialah daripada stesen TVKL

MIA BUKAN YANA, ZUL BUKAN CASTELLO

Jika KL Special Force ialah filem yang berada di dalam kontinuiti universe filem KL Gangster dan Gerak Khas, bagaimana watak lakonan Tania Hudson dalam filem ini dan Abang Long Fadil 2 boleh dilakonkan orang yang sama?

Perkara ini boleh kita rujuk kembali kepada filem Abang Long Fadil 2. Dalam Abang Long Fadil 2, A Galak memainkan watak Taji Samprit yang mana berbeza daripada watak dalam filem Abang Long Fadil 2. Jadi, konsep dalam masalah watak Tania Hudson ini ialah sama. Mia bukan Yana. Mereka sama pada wajah, tetapi tidak pada latar watak mereka. 

Dalam universe yang diciptakan oleh Syafiq Yusof, setiap watak ialah berbeza selagi tidak diperjelaskan kesinambungan antara watak itu walaupun ianya dilakonkan oleh orang yang sama. Jadi, korang tidak perlu melihat siapa yang berlakon tetapi sebaliknya melihat kepada watak apa yang dipegang.

Di dalam dunia ini kita ada manusia yang wajahnya mirip dengan diri kita. Dan teori ini digunakan oleh Syafiq Yusof untuk membentangkan universenya yang tersendiri.

KESIMPULAN

Nah, confirm sekarang penontonan korang terhadap filem ni akan jadi berbeza. Jangan lupa tonton filem KL Special Force di pawagam bermula 8 Mac 2018. 



Catat Ulasan

0 Ulasan