Sebab Mjolnir Dimusnahkan Dan Rambut Thor Dipendekkan Terjawab



Penulis lakonlayar Thor: Ragnarok, Eric Pearson mendedahkan kenapa watak Thor lakonan Chris Hemsworth perlu memendekkan rambut dan juga kenapa Mjolnir perlu dimusnahkan. Filem ketiga Thor ini kali ini penuh dengan kemusnahan yang besar sekaligus membawa kepada perkembangan watak Hulk dalam ruang warna yang berbeza dengan filem sebelumnya.


Bercakap kepada CBR, Pearson mendedahkan sebab kenapa rambut Thor dipendekkan. Menurutnya, rambut Thor dipendekkan kerana kesukaran untuk Chris Hemsworth untuk mengenakan rambut palsu. Ianya sedikit mengambil masa dan akan menyusahkan pelakon tersebut. Jadi, mereka memutuskan untuk membawa watak Thor dalam keadaan rambut pendek sepanjang filem.
"When I arrived, there were certain things they had already decided. We’re going to break the hammer.. Another one was, ‘We’re going to cut the hair.’ I said, ‘Why?’ ‘Hemsworth doesn’t want to wear the wig. It takes a lot of time to get it right.’ 
Thematically, what it turned into is, we were really stripping Thor down in this movie."
Selain itu, Pearson juga mendedahkan kenapa tukul kesayangan Thor, Mjolnir harus dimusnahkan dalam filem ini untuk mencipta Ragnarok. Sepanjang filem ini, Thor tidak menggunakan kekuatan yang sebelum ini dikuasainya melalui tukul itu. Pearson mendedahkan bahawa sebab kemusnahan Mjolnir ialah untuk memberi ruang untuk Thor mencari kekuatan dalam dirinya tanpa tukul tersebut.
“Thor is born a handsome, rich, strong prince with a magical hammer. The only way we had to bring him down was by taking away his hammer, by stranding him on this strange planet, imprisoning him. We had to put his back up against the wall because he’s so powerful. We put him up against forces that he wasn’t fully prepared for. And, also, the lost confidence of losing his hammer and whether or not the hammer is his power, or whether he wields the power of the hammer – we’ve put a lot of doubt into his heart. That was more of the hero’s journey of finding the confidence in himself to rise up against all this crazy stuff that’s happening to him.”


Selepas Thor: Ragnarok, kita tahu bahawa Waititi akhirnya membawakan sisi baru watak ini. Ianya sekaligus memberikan watak ini berkembang dan menjadi berbeza daripada dua filem yang lalu. Apa yang terjadi dalam Thor: Ragnarok bakal membawa Thor kepada Infinity Wars. Dan ianya sesuatu yang bakal dinantikan!

Catat Ulasan

0 Ulasan