Plot CintaThor Dan Valkyrie Dibuang Dalam 'Ragnarok?


Rupa-rupanya, ada plot cinta antara Thor dan Valkyrie yang ingin dikisahkan dalam Thor: Ragnarok. Selain menjadi watak sokongan yang berjaya dalam filem ini, Valkyrie juga menjadi kontroversi apabila pelakon yang memegang watak tersebut, Tessa Thompson menyatakan bahawa Valkyrie ialah seorang biseksual. Malah, dikatakan ada babak dalam Ragnarok yang menunjukkan idea itu yang dibuang pada saat akhir.


Plot asal dalam draf skrip tulisan Craig Kyle dan Christopher Yost menceritakan yang Valkyrie dan Thor akan menimbulkan bibit cinta. Namun, harapan untuk menyaksikan plot tersebut musnah apabila penulis lakonlayar Eric Pearson membuang plot tersebut.

Pearson menjelaskan perkara berikut ketika ditemubual Yahoo!:
“But we didn’t want to start from that place. It was like, Let’s give Valkyrie her own story that connects with Thor … and if it makes sense for them to get together, then great. You’ve got two really good-looking people who can fight and who’d probably be [good together] if the story went there, but it just didn’t. It became more about the mutual respect, and also dealing with her PTSD. She’s someone who’s drowning her sorrows in the bottle, and I just thought that was such a cool thing that you don’t often see in these movies: somebody dealing with extreme guilt and shame in a colorful, Taika Waititi[-directed] hilarious"
Semestinya, tindakan untuk membuang plot tersebut wajar kerana Ragnarok sendiri sudah dipenuhi dengan pelbagai kisah besar yang akan membawa kepada filem Infinity Wars. Namun, tidak pasti pula sama ada di masa hadapan Valkyrie dan Thor akan timbul bibit-bibit cinta. Kisah cinta Thor dan Jane sebelum ini bukanlah sepopular mana. Jadi, mengadaptasi kisah cinta antara God of Thunder dan sesiapa sahaja bukanlah elemen penting dalam kisahnya. 

Catat Ulasan

0 Ulasan