Kenapa Kebanyakan Filem Marvel Ditayang Lewat Seminggu Di US?

Penonton dan peminat filem Marvel di seluruh dunia, terutamanya pastinya sudah tertunggu-tunggu filem Thor Ragnarok yang sudah pun mula ditayangkan di pawagam bermula hari esok, 26 Oktober 2017. Namun, jika anda berada di Amerika Syarikat, anda pasti hampa apabila anda mengetahui bahawa filem Thor: Ragnarok akan ditayangkan mulai 3 November 2017.


Perkara ini sudah menjadi tradisi Marvel semenjak filem Iron Man 2 yang diterbitkan pada tahun 2010. Hanya Captain America: The First Avenger sahaja yang ditayangkan serentak seluruh dunia kerana bimbang dikatakan cuba menanamkan agenda patriotisma Amerika. Selepas itu, Spider-Man: Homecoming juga ditayangkan serentak seluruh dunia kerana Sony yang menguruskan hal pengedaran filem berkenaan.

Kevin Feige pernah menyatakan bahawa teknik tayangan awal di negara-negara selain Amerika Syarikat yang bermula semenjak 2010 lebih kepada satu eksperimen. Ketika filem Iron Man 2 ditayangkan, kebanyakan pasaran luar negara mempunyai cuti pada hujung April. Maka, Marvel memilih untuk menayangkan Iron Man 2 lebih awal di luar negara Amerika Syarikat. Hasilnya, tiada impak negatif dan ianya diteruskan sampai sekarang.

Menayangkan filem Marvel seminggu lebih awal di luar negara Amerika Syarikat sebenarnya membantu untuk membina keterujaan. Penonton yang sudah menonton filem tersebut akan mula berkongsi pandangan mereka tentang filem tersebut dan ianya sekaligus membantu untuk mempromosikan filem tersebut bagi pasaran Amerika Syarikat.

Selain itu, tayangan awal juga mampu untuk membawa kutipan yang besar sekaligus meyakinkan penonton Amerika Syarikat untuk menonton filem Marvel. 

Namun, strategi ini sedikit 'merosakkan' mood para penggemar superhero di Amerika Syarikat apabila mereka akan terdedah dengan 'spoiler' daripada ulasan-ulasan filem yang akan mula muncul pada hari pertama filem ditayangkan. 


Catat Ulasan

0 Ulasan