Asal Usul Kod 'The Matrix' Yang Mengejutkan, Patutlah Ramai Tak Mampu Tafsir!


Rahsia di sebalik kod yang ditayangkan dalam filem The Matrix kini telah didedahkan. Bagi siapa-siapa yang belum tahu, filem The Matrix yang mempunyai tiga filem. Filem tersebut terkenal dengan kod yang menjalar turun dan berwarna hijau yang dipaparkan di mana-mana dalam filem tersebut.


Pengarah filem tersebut, The Wachowski menyatakan bahawa filem tersebut dipengaruhi daripada animasi jepun dan kod yang muncul pada pembukaan filem tersebut diinspirasikan dari babak pembukaan filem tahun 1995 arahan Mamoru Oshii, Ghost In The Shell. Kod tersebut ditulis dalam bahasa Jepun dan tiada siapa dapat memecahkan rahsia kod yang tertulis sehingga sekarang.

Simon Whiteley, pereka kod tersebut yang tidak dikreditkan dalam filem mendedahkan rahsia tersebut kepada CNet. Kod tersebut sebenarnya terdiri daripada campuran pelbagai resipi sushi yang diambil daripada buku masakan milik isterinya.
“I like to tell everybody that The Matrix’s code is made out of Japanese sushi recipes. Without that code, there is no Matrix.”

Itulah sebabnya kenapa ramai yang cuba untuk menafsirkan kod tersebut gagal. Hal ini kerana kod resipi itu tidak disusun dalam turutan sepatutnya dan bercampur aduk. Sekarang, korang tahu. Selamat mencari resipi sushi dalam kod The Matrix!


Catat Ulasan

0 Ulasan