Adakah Luke Skywalker Penyebab Kylo Ren Berpaling Ke 'Dark Side'?

Antara klu terbaru yang dapat dijumpai dalam trailer terkini filem Star Wars: The Last Jedi menunjukkan bahawa Luke Skywalker yang bertanggungjawab membawa Ben Solo kepada 'dark side'. Apabila anak Han Solo dan Princess Leia itu menjadi Kylo Ren, Luke merasa amat bersalah dan bertanggungjawab sekaligus menyebabkan dia membawa diri ke planet bernama Ahch-To. Di sana, dia terpisah dari konflik apabila dia cuba mencari 'Jedi temple' tetapi apa yang dia temui berbeza sama sekali.


Di penghujung filem The Force Awakens, Rey menaiki 'Jedi Steps' dan menjumpai Luke di atas pergunungan itu lalu menghulurkan pedang lighsabar dengan tangannya. Kebanyakan penonton menyangka bahawa dalam filem The Last Jedi, Luke akan melatih Rey sepertimana Yoda melatih Luke suatu ketika dahulu.

Preview filem The Last Jedi ditayangkan awal bulan ini nampaknya tidak akan merealisasikan teori penonton tersebut. Ketika Luke pada awalnya bersetuju untuk menunjukkan Rey kuasa The Force, dia kemudiannya menjadi takut dengan kekuatan yang dimiliki oleh Ray dan menyebabkan Luke berpaling tadah. Antara dialog penting dalam trailer menyatakan berikut.
“I’ve seen this raw strength only once before. It didn’t scare me enough then. It does now.”
Ayat ini menyatakan dengan jelas bahawa Ben, dahulunya antara anak murid kesayangan Luke sebelum dia terjerumus dengan Supreme Leader Snoke. Walaupun telah disahkan bahawa Kylo Ren yang menghuru-harakan akademi Jedi Skywalker, sebab kenapa dia berbuat demikian masih tidak diketahui. Ianya masih belum jelas sehinggalah kita menonton filem The Last Jedi yang mana bakal menjawab soalan kenapa Ben menjadi jahat dan sekaligus menjawab teori Luke yang membawa Ben ke jalan tersebut.

Dalam trailer The Last Jedi yang terkini, dapat dilihat bahawa Kylo Ren masih lagi bergelut dengan jiwanya apabila filem he Last Jedi bermula. Dalam satu pertempuran udara, dia menangis apabila dia mahu menyasarkan kapal General Leia Organa, dan kemushanan helmetnya ialah simbolik kepada bahawa dia mempunyai rasa rasa ragu dengan pilihan dirinya.


Walaupun berpakaian hitam dan mempunyai lightsaber berwarna merah, Kylo Ren tidak sepenuhnya dikuasai oleh 'dark side'. Disebabkan Ben tidak mempunyai sesiapa yang dia sayangi lagi untuk diselamatkan, satu-satunya perkara yang bakal buatkan Kylo kembali ke 'light side' ialah Luke Skywalker.

Semestinya, semua ini hanyalah teori yang berpotensi untuk berlaku dalam filem The Last Jedi. Adalah amat menarik sekali mencari jawapan kepada apayang bakal berlaku dan diharapkan bahawa semua persoalan yang tidak terjawab dalam The Force Awakens akan dihuraikan dalam The Last Jedi.

Ubahsuai dari teks asal:

Catat Ulasan

0 Ulasan