TRENDING
SUBSCRIBE SUKA FILEM DI YOUTUBE!
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK
- Get link
- Other Apps
Misteri Dilaila merupakan sebuah lagi karya Syafiq Yusof yang cuba untuk mencari sisi baru dalam dunia perfileman filem tempatan. Melalui Misteri Dilaila, Syafiq Yusof sebenarnya bukan sahaja menampilkan nafas baru filem seram thriller, tetapi cuna untuk mengejutkan penonton dari tidur dengan gimik promosinya.
Ketahuilah bahawa filem Misteri Dilaila mempunyai dua versi. Versi 1 dan Versi 2 mempunyai kekuatan yang berbeza.
Sebelum bacaan diteruskan, ambil maklum bahawa huraian ini mempunyai SPOILER MAJOR! Tidak digalakkan untuk teruskan bacaan jika korang masih belum tonton.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Versi 1 - ringkasnya, Jefry ialah orang jahat.
Versi 2 - ringkasnya, Azman ialah orang jahat.
Admin hanya berkesempatan tonton versi 2! So, berikut ialah ulasan berkenaan Misteri Dilaila Versi 2!
HURAIAN ENDING FILEM ‘MISTERI DILAILA’ VERSI 2
Di dalam versi 2, kita dapat tahu bahawa Sasqia Dahuri sebenarnya ialah perempuan yang bernama Farah. Farah sebenarnya berpakat dengan Imam (Nam Ron) dan juga adik kepada Dilaila yang sebenar untuk memerangkap Jefry dalam perancangan membolot harta Dilaila. Di akhir filem, kita dapati bahawa Imam akhirnya dibunuh oleh Farah manakala Jefry diikat di sebuah stor dengan sepucuk pistol.
Farah mahu Jefry dituduh membunuh dan perancangan mereka membolot harta Dilaila akan berjaya. Namun, Jefry berjaya melarikan diri daripada terperangkap. Apabila dia sampai ke rumah, dia dapati Inspektor Azman sedang bersama dengan beberapa orang dalam satu sesi urusan penyerahan harta. Dan kejutannya, Dilaila (Elizabeth Tan) yang selama ini hilang tiba-tiba ada di situ.
Twist pun bermula. Di sini, dengan kehadiran seorang pegawai polis Bukit Fraser ke rumah Jefry, kita dapati bahawa Inspektor Azman bukanlah pegawai polis sebaliknya orang yang sama bersekongkol dengan Farah untuk membolot harta Dilaila. Azman membunuh Farid, adik Dilaila. Dan kini, Azman cuba membunuh kesemua orang.
Farah mati! Kemudian, Azman pun berjaya dibunuh. Dan ketika akhir filem, Azman dikejutkan dengan hantu menyeramkan sebelum dia menembak. Dan tembakan itu rupanya terkena isterinya sendiri yang menyerupai hantu persebut. Namun, kita dikejutkan pula dengan kejutan bahawa Dilaila sudah lama mati dan yang ditembak tadi hanyalah hantu!
SIAPA DILAILA
Dilaila ialah watak lakonan Elizabeth Tan. Dia menggemari pakaian berwarna merah, berketurunan Melayu- Cina dan merupakan isteri kepada Jefry. Daripada apa yang diucapkan oleh Jefry, rumah yang mereka inapi tersebut ialah hadiah daripada keluarga mentuanya kepada Jefry. Dilaila pula berketurunan orang kaya dan mempunyai banyak harta.
Dalam filem ini, dapat diandaikan bahawa kekayaan Dilaila dan keluarganya membawa kepada komplot kumpulan gila yang mahukan harta. Perancangan Azman, Farah dan juga adik Dilaila sendiri berjaya membawa kepada penghujung yang gembira, namun akhirnya jatuh ke tanah. Dilaila akhirnya didedahkan sudah mati dan mayatnya baru dijumpai.
Sebab kematian tidak pula diketahui. Namun, secara teori, berkemungkinan pakatan Azman, Farah dan Farid ada di sebalik kematian Dilaila.
APA SEBENARNYA YANG BERLAKU DALAM FILEM ‘MISTERI DILAILA’ V2
Misteri Dilaila versi 2 memilih untuk memberikan ending filem yang lebih abstrak. Justeru, para penonton harus memikirkan balik setiap babak yang dipaparkan untuk menjawab beberapa misteri di dalam filem ini. Tidak ada jawapan yang betul betul konkrit sama ada melalui scene dan dialog. Korang perlu menyelesaikan misteri dengan otak korang. Otak bergerak, maka misteri selesai.
Berikut, ialah persoalan dan jawapannya:
Berikut, ialah persoalan dan jawapannya:
Siapakah hantu yang menghantui Jefry?
Kita sering melihat hantu yang menghantui Jefry di dalam filem ini. Hantu ini sering datang dalam keadaan kelam dan lampu dipadamkan. Tiada penjelasan lanjut secara direct berkenaan hantu ini. Namun, petunjuk pertama boleh didapati pada awal filem dimana Dilaila menyebutkan tentang hantu yang mana menghuni rumah tersebut yang menyerupai Dilaila.
Kelihatan seperti hantu tersebut bukan hanya sekadar mengganggu Jefry tetapi sebaliknya cuba untuk memberi petunjuk tentang kehilangan Dilaila. Hantu tersebut menjelma dalam raut wajah Dilaila dengan darah di kepala menggambarkan bahawa Dilaila sudah pun mati dan tidak diketemui mayatnya.
Di dalam versi 2, hantu rumah yang mengganggu Jefry seakan-akan menjadikan keadaan Jefry bertambah buruk. Apatah lagi, hantu itu menjelma menjadi Dilaila sehinggakan Jefry tertembak Dilaila yang disangkakan masih hidup.
Kenapa imam pengsan boleh hidup semula?
Ini pun menjadi antara perkara yang sedikit membingungkan. Kita melihat bahawa Farah meletakkan titisan racun di dalam air kopi. Tetapi, ketika Imam meminum air kopi, dia pengsan. Dan ketika Inspektor Azman datang, imam hilang dan tiba-tiba hidup semula. Bagaimanakah semua ini boleh berlaku?
Sepanjang filem, tiada sebarang jawapan terhadap konspirasi ini. Namun, boleh ditafsirkan bahawa jika Imam minum minuman beracun dan pengsan, ada kebarangkalian Farah atau Farid mempunyai antidote untuk menyedarkan Imam semula. Satu lagi teori ialah cawan kopi yang diberikan oleh Jefry sebenarnya ditukarkan sebelum Farah berikan cawan itu kepada Jefry.
Boleh jadi, Imam sudah tahu dan bersedia dengan perancangannya tersendiri apabila diminta tunggu oleh Jefry. Malah, kita sendiri sudah tahu bahawa kedatangan Imam ke rumah Jefry bukanlah atas sebab menghantar Dilaila, tetapi atas sebab yang tersembunyi.
Jika Dilaila mati, siapakah yang duduk di depan banker?
Ini juga yang menjadi perdebatan untuk penonton yang menonton versi 2. Jika Dilaila sudah mati, bagaimana Dilaila boleh berada di depan banker? Jawapannya mudah. Dilaila yang berada di depan banker itu hanyalah khayalan Jefry. Jika korang perhatikan, Dilaila sebenarnya tidak diberi perhatian langsung dalam babak pengakhiran filem ini.
Malah, Dilaila tidak mempunyai dialog dan karakter lain seolah-olah tidak berinteraksi langsung dengan Dilaila, sekaligus menguatkan teori bahawa Dilaila tidak berada di hadapan banker kecuali melalui imaginasi Jefry semata-mata. Malah, wajah Delaila yang pucat menguatkan teori bahawa Delaila bukanlah Delaila pada ketika perjumpaan itu.
Penamat Misteri Dilaila V2 ni macam pernah nampak kan?
Jika korang pernah menonton filem Karak (2011), sebenarnya korang akan rasakan yang ending filem ini seperti tribute kepada filem berkenaan. Tidak! Ianya sebenarnya ialah tribute dan satu olahan daripada kisah urban legend yang juga berlaku di Karak. Ceritanya adalah seperti berikut:
Sepasang suami isteri yang masih muda bersama bayi mereka sedang dalam perjalanan di Lebuhraya Karak. Ketika itu, waktu malam. Mereka memilih waktu malam untuk mengelak traffic jam dan panas matahari. Semasa si suami memandu dalam kesunyian lebuhraya Karak, tiba-tiba, kereta yang dipandunya menghadapi masalah dan enjin terus mati. Si suami terkejut kerana dia yakin dia ada periksa kereta tersebut sebelum memulakan perjalanan jauh untuk keselamatan keluarganya. Kemudian, mereka tiada pilihan lain kecuali berhenti di tepi jalan. Si suami keluar untuk periksa enjin kereta tersebut manakala si isteri bersama anak mereka menunggu di dalam kereta. Selepas beberapa minit, si suami kembali semula dan memberitahu yang dia tak jumpa apa-apa masalah dan cuba untuk menghidupkan kereta itu lagi. Tetapi, kereta tersebut masih tak nak hidup. Akhirnya, si suami terpaksa membuat keputusan yang sukar sama ada tunggu sahaja sampai kereta lain lalu atau cari pondok telefon berdekatan. Tidak ingin meninggalkan keluarganya, si suami mengambil keputusan untuk menunggu. Namun, setelah 20 minit, tiada satu kereta pun yang lalu di situ. Si suami tiada pilihan, dia nekad untuk cari pondok telefon berdekatan. Sebelum pergi, dia menasihati isterinya untuk mengunci pintu kereta lalu dengan berat hati pergi meninggalkan isteri dan anaknya. Si isteri hanya melihat suaminya berjalan pergi dengan kerisauan di minda. Dia berdoa agar seseorang akan ternampak kereta mereka yang rosak dan menawarkan bantuan lambat-laun nanti. Dia juga khuatir jika kemalangan terjadi di Lebuhraya Karak. Berjam-jam berlalu dan si isteri mula bertambah risau. Dia risau jika sesuatu terjadi kepada suaminya. Tiba-tiba, dia terlihat cahaya biru dan merah yang datang dari kereta peronda. Melalui cermin pandang belakang, dia nampak seorang anggota polis keluar dari kereta dan menuju ke kereta rosak tersebut. Mereka meminta si isteri untuk keluar dari kereta rosak tersebut secara senyap dan jangan pandang belakang. Si isteri keluar (bersama bayi) dan berjalan ke arah kereta polis dengan anggotanya. Bila dia sudah berada di jarak yang selamat, dia pun menoleh ke belakang dan terlihat kepala tanpa badan suaminya di atas kereta mereka. Sehingga hari ini, badan si suami masih belum ditemui. Dipercayai, sepanjang menunggu suaminya pulang ke kereta dari pondok telefon, terdapat beberapa bunyi dentuman datang dari atas bumbung kereta tersebut.
Lihat bahagian yang di'bold'kan, bahagian itulah yang diadaptasi ke bahagian ending filem Misteri Dilaila.
Apa yang Jefry nampak sebelum filem tamat?
Kita diberikan ending seakan 'urban legend' Karak, namun, ianya ditamatkan dengan ending yang terbuka. Kita tidak dapat melihat apa yang Jefry nampak selepas dia diarahkan bergerak tanpa menoleh ke bawah. Ianya ialah teknik Syafiq untuk menimbulkan tanda tanya dan perbincangan di kalangan peminat filem.
Barang kali, pada pandangan peribadi, Jefry sememangnya nampak sesuatu yang begitu menakutkan dan mengerikan. Dan di masa ini, kita melihat bagaimana pentingnya watak hantu yang diceritakan oleh Dilaila pada awal filem. Hantu itu nampaknya bukan sekadar boleh menjelmakan diri menjadi Dilaila, tetapi boleh menjadi sesuatu yang lebih menakutkan. Bagaimana rupa menakutkan itu, ianya terserah kepada imaginasi korang.
Apa yang Jefry nampak sebelum filem tamat?
Kita diberikan ending seakan 'urban legend' Karak, namun, ianya ditamatkan dengan ending yang terbuka. Kita tidak dapat melihat apa yang Jefry nampak selepas dia diarahkan bergerak tanpa menoleh ke bawah. Ianya ialah teknik Syafiq untuk menimbulkan tanda tanya dan perbincangan di kalangan peminat filem.
Barang kali, pada pandangan peribadi, Jefry sememangnya nampak sesuatu yang begitu menakutkan dan mengerikan. Dan di masa ini, kita melihat bagaimana pentingnya watak hantu yang diceritakan oleh Dilaila pada awal filem. Hantu itu nampaknya bukan sekadar boleh menjelmakan diri menjadi Dilaila, tetapi boleh menjadi sesuatu yang lebih menakutkan. Bagaimana rupa menakutkan itu, ianya terserah kepada imaginasi korang.
KESIMPULAN
Misteri Dilaila versi 2 mempunyai ending yang agak abstrak. Penonton perlu perah otak sedikit untuk mencantumkan beberapa misteri di akhir filem ini. Tidak seperti versi pertama, versi kedua ini lebih kepada penamat yang memerlukan diskusi lanjut di kedai kopi selepas penontonan. Apapun, versi ini memang ada kekurangan, namun masih berjaya ditampung.
Misteri Dilaila kini di pawagam! Rujuk tayangan versi berbeza Misteri Dilaila di link berikut:
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
Comments
Menarik!
5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]
Kita sering mendengar bahawa filem luar seringkali diban kerana unsur-unsur melampau dari pelbagai aspek yang tidak dibolehkan di tayang di Malaysia. Namun, tahukah anda bahawa banyak juga filem Malaysia yang panas dan mempunyai adegan berahi yang ditayangkan di Malaysia? Jika berminat: KETAHUI CARA NAK TRACE AKAUN NETFLIX KORANG DAH KENA HACKED ATAU TAK! Mungkin adegan itu tidaklah sehebat Hollywood. Tetapi, ianya masih menggambarkan bahawa Malaysia juga mahu jadi seperti mereka. Kami sajikan 5 filem yang mempunyai adegan 'panas' yang korang mungkin tak tahu. 1. Spinning Gasing (2001) Filem arahan pengarah Teck Tan ini menampilkan pelakon berbakat Malaysia seperti Allahyarham Hani Mohsin, Ellie Suriati Omar, Rosyam Nor dan Jalaludin Hassan. Filem yang menelan belanja RM2.4 juta ini gagal menyerlah di Malaysia dan hanya memperoleh kutipan sebanyak RM484,450.04 sahaja. Versi asal filem ini diharamkan tayangannya di Malaysia. Namun, pengharaman it
Ulasan Ringkas Setiap Episod Siri 'KL Gangster: Underworld' [SPOILER ALERT]
KL Gangster: Underworld kini sudah boleh ditonton di laman penstriman iFlix. Tak perlu bayar ok! Hanya perlud download aplikasi iFlix dan kemudian daftar dengan menggunakan Facebook anda, korang boleh terus layan siri enam episod ini dengan tenang. Pilihan sarikata Bahasa Melayu disediakan dan kualiti visual ialah dalam High Definition. Kami sudah menonton enam episod KL Gangster: Underworld. Boleh kami katakan yang kerancakan siri ini bermula pada episod 3 dan seterusnya. Pada kami, KL Gangster: Underworld membuka ruang baru untuk francais KL Gangster berkembang, kali ini dengan dunia baru, dan kisah baru. Berikut ialah ulasan kami secara ringkas. Ambil tahu bahawa post ini mengandungi SPOILER! EPISOD 1: Masa Yang Sesuai Episod pertama KL Gangster: Underworld ini mengisahkan bagaimana Shah (Beto Kushairy) dari Geng Kampung Baru, dan Elina (Ezzaty Abdullah), mak ayam Geng Cheras yang bercinta dalam rahsia. Walaupun mereka berahsia, Ayah Zan (Hasnul Rahmat)
Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'
Dalam babak akhir filem Munafik 2, kita dapat lihat Ustaz Adam membaca doa yang dikenali sebagai Doa Bismillah 9. Ramai yang terlepas pandang kerana ayat ini jarang diamalkan. Ayat Doa Bismillah 9 ini sebenarnya sudah dinyanyikan oleh Mawi dalam lagu Al-Haq bersama gandingan vokal AC Mizal. Mari kita lihat doa berikut: Cara mangamalkannya adalah seperti berikut: 1. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada Nabi Muhammad SAW. (1 kali) 2. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada seluruh Rasul dan Malaikat Allah (1 kali) 3. Hadiahkan surah Al Fatihah kepada wali-wali Allah, ulama dan seluruh kaum muslimin (1 kali) 4. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW (1 kali atau lebih) 5. Kemudian disambung dengan membaca Hizib Al-Hafiz seperti berikut: Fadhilat ayat ‘Bismillah 9’ ini amat besar sekiranya diamalkan setiap kali selepas solat, 1. Jika sesiapa beristiqamah mengamalkan ayat ‘Bismillah 9’ , InsyaAllah segala hajat akan ditunaikan oleh Allah SWT. 2. M
5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]
Disebabkan artikel sebelum ini mendapat sambutan yang hangat, admin dengan ini dengan pantasnya membawakan kesinambungan kepada artikel yang memaparkan filem-filem Malaysia yang sememangnya berani mati sehingga mengabaikan aspek yang dianggap taboo oleh masyarakat Malaysia. Jika berminat: KETAHUI CARA NAK TRACE AKAUN NETFLIX KORANG DAH KENA HACKED ATAU TAK! Nah, kami sajikan 5 lagi filem yang sememangnya panas membara: 1. Abuya: Part 2 (2011) Jangan pelik, filem ini tidak ada Part 1. Entah kenapa ianya dinamakan Part 2 tidaklah diketahui. Filem ini gagal menyerlah di pawagam walaupun ianya meletakkan aura Faizal Hussein sebagai teraju utama. Malah, faktor keseksian Jue Aziz, Andrea Abdullah dan beberapa pelakon lain yang memegang peranan sebagai isteri-isteri Abuya gagal menambat peminat. Antara babak panas yang ditayangkan dalam filem ini termasuklah adegan isteri Abuya sedang terbaring bernafsu dan juga adegan nasi kangkang. Beberapa adegan yang mun
Kod Netflix Untuk Setiap Genre
Taip: http://www.netflix.com/browse/genre/### Gantikan ### dengan kod berikut. Action & Adventure: 1365 Action Comedies: 43040 Action Sci-Fi & Fantasy: 1568 Action Thrillers: 43048 Adult Animation: 11881 Adventures: 7442 African Movies: 3761 Alien Sci-Fi: 3327 Animal Tales: 5507 Anime: 7424 Anime Action: 2653 Anime Comedies: 9302 Anime Dramas: 452 Anime Fantasy: 11146 Anime Features: 3063 Anime Horror: 10695 Anime Sci-Fi: 2729 Anime Series: 6721 Art House Movies: 29764 Asian Action Movies: 77232 Australian Movies: 5230 B-Horror Movies: 8195 Baseball Movies: 12339 Basketball Movies: 12762 Belgian Movies: 262 Biographical Documentaries: 3652 Biographical Dramas: 3179 Boxing Movies: 12443 British Movies: 10757 British TV Shows: 52117 Campy Movies: 1252 Children & Family Movies: 783 Chinese Movies: 3960 Classic Action & Adventure: 46576 Classic Comedies: 31694 Classic Dramas: 29809 Classic Foreign Movies: 32473 Classic Movies: 31574 Classic Musicals: 32392 Classic Romanti
Ulasan Filem: 365 Days (2020)
Tahun Terbit | 2020 Pengarah | Barbara Bialowas, Tomasz Mandes Pelakon | Anna-Maria Seklucka, Michele Morrone, Bronislaw Wroclawski Bagaimana kalau Fifty Shades of Grey yang memang dah langgar norma seksualiti manusia biasa tu ditolak ke satu lagi tangga. Bagaimana kalau Fifty Shades of Grey dibikin sebagai sebuah kisah yang berani dan tidak pula diklasifikasikan sebagai pornografi, tetapi sebuah filem dengan elemen dewasa yang berani? Nah, semestinya ianya menjadi kontroversi bukan? Itulah yang kononnya cuba dibuat oleh filem 365 Days. Filem yang dibangkang dan dikecam oleh ramai penonton ini semestinya mempunyai promosi murahan. Malah, ianya upgrade Fifty Shades of Grey yang melampau dan tidak mampu pun untuk naik setaraf dengan filem lakonan Dakota Johnson dari segi penceritaannya. Diadaptasi dari pada novel pertama dalam trilogi bertajuk sama tulisan Blanka Lipinska, 365 Days tidak dapat dinafikan merupakan antara impak novel Fifty Shades of Gredy di luar Hollywood. Kehadiran
Gambar Pelakon Daniella Sya Dalam 'KL Gangster: Underworld'
Iflix bakal menyajikan konten siri Bahasa Melayu original pertamakalinya melalui siri tv KL Gangster: Underworld. Siri tv yang mempunyai enam episod itu bakal dibintangi pelbagai nama besar seperti Hasnul Rahmat, Daniella Sya, Dynas dan ramai lagi. Ianya diarahkan oleh Syafiq Yusof (KL Special Force) dan Faisal Ishak (Juvana) dan skripnya ditulis oleh Nazri Vovinski Anuar. Antara yang menarik perhatian ialah pelakon Daniella Sya yang tampil dengan mengenakan pakaian yang mendedahkan bahagian perutnya. Daniella Sya sebelum ini pernah membintangi drama bersiri Miss Kapten Cikgu Waiz yang disiarkan di TV3. Nama penuh Daniella Sya ialah Daniella Sya Yeng Yeng. Dilahirkan pada 8 Ogos 1988 di Kedah dan kemudiannya dibesarkan di Kuala Lumpur, pelakon ini aktif berlakon dalam pelbagai drama tv dan filem. Selain berlakon, dia juga ialah model dan DJ bagi pelbagai stesen radio seperti Lush 99.5FM, Red FM dan Lite FM. Kerjaya Daniella Sya bermula semenjak
Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]
Pengabdi Setan, remake filem 1980an yang mengisahkan keluarga yang diganggu makhluk halus selepas kematian ibu mereka nampaknya menerima pelbagai reaksi. Ada yang menyatakan bahawa ianya tidak menyeramkan dan ada yang memuji gaya garapan sutradara Joko Anwar. Paling memeningkan kepala semestinya ending filem ini yang dibikin agak ringkas. Kami akan huraikan penamat filem ini dan bagaimanakah adegan akhir filem ini membuka kepada kisah yang lebih besar. Ambil maklum bahawa penulisan selepas ini mempunyai SPOILER MAJOR yang mana boleh membuatkan korang sakit hati jika masih tidak menonton filem ini. Kami harap anda berhenti membaca jika masih belum menonton filem ini. HURAIAN BABAK KEMUNCAK PENGABDI SETAN Selepas diganggu dengan pelbagai cara, Bapak dan anak-anaknya yakni Rini, Tony, Bondi dan Ian sudah bersedia untuk berpindah. Hendak dijadikan cerita, kenderaan yang mahu membawa mereka keluar daripada rumah tersebut tidak kunjung tiba. Sang Ustad, yang mana kehilan
Bagaimana Menonton Netflix Di Laptop/ PC Tanpa Menggunakan Pelayar Internet
Ramai yang mengeluh apabila menonton Netflix menggunakan pelayar Google Chrome/ Internet Explorer atau Mozilla, mereka terpaksa menyusun paparan muka yang agak remeh. Kadangkala, ketika kita sedang buat kerja lain, paparan Netflix akan berada di belakang dan akan mengganggu penontonan. Baiklah, hari ini kami akan ajar bagaimana untuk menonton Netflix sambil buat kerja lain di Windows tanpa mengganggu kerja anda dan juga paparan Windows anda yang lain. 1. Pertama, pergi ke Microsoft Store 2. Search Netflix, dan download sepertimana anda mendownload di Playstore atau Apple Store. 3. Selepas mendownload, Log In dan pastikan anda menggunakan fungsi pinned yang berada di bawah sebelah kanan video. Fungsi ini akan membuatkan video anda berada di atas paparan walaupun berapa banyak aplikasi lain yang anda buka. Sekian. Itu sahaja! NAK TAHU MACAM MANA NAK TRACE AKAUN NETFLIX KORANG KENA HACK ATAU TAK? KLIK SINI!
Filem ni mimik drama "Siapa Bunuh Alice", drama zaman 90 an lakonan Alice Wong.
ReplyDeleteAwak kate yg Jefri nmpk Didahlia dpn banker tu khayalan?Habistu asal Farah picu pistol kepala Didahlia?Then Inspector Azman kan suruh Didahlia diam sbb dia jerit? PELIK LAH
ReplyDeleteBoleh tak cantumkan version 1 and 2 sbb yg version 1 dilaila hidup and version 2 dilaila mati
ReplyDeleteMacam tangkap muat je review ni
ReplyDeleteYg last tu.. Mcm mna yg lain pn ble nmpk dilaila.. Kn farah acu pistol kt dilaila..... Yg vol 1 tu... Siapa sbnarnya d mti dlm krta tu dn knp jeff bnuh dia
ReplyDeletedlm vol 1 tu jeff mati sbb accident and terbakar dan ikutkan cast ii yang lain tu polis berlakon untuk sedarkan jeff yang bunuh isteri dia,, tapi last ii time ending dia tu insp azman dapat sijil pengesahan dna yang mayat diorang jumpa tu bukan mayat dilaila so...yea confused kejap haha
Deleteblh l
ReplyDelete