Kronologi Kejadian Serangan Terhadap Balai Polis Bukit Kepong


Kejadian serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong bermula sebelum subuh pada tanggal 23 Februari 1950 sekitar jam 4.15 pagi apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke atas balai polis. Pertempuran sengit berlaku di sekeliling kawasan balai polis yang terletak di tebing Sungai Muar yang jaraknya sekitar 59km dari Bandar Muar, Johor.


Pihak komunis menyerang balai polis ini untuk menunjukkan kuasa dan kekuatan mereka. Pihak komunis pada awalnya percaya bahawa serangan boleh berlaku dalam masa yang singkat atas beberapa faktor seperti jumlah anggota polis, senjata dan kawasan balai polis yang terpencil.

Selepas perpindahan Ketua Balai Sanjan Ray Dancey, jawapannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah. Pengambil alihan kuasa ini mungkin diketahui oleh komunis lalu memulakan perancangan untuk menyerang. Di balai polis itu, ada 22 anggota kesemuanya yang ditugaskan. Selain itu, ada 13 orang isteri dan anak-anak tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai.

Ketika serangan, saksi menyatakan bahawa 200 orang pengganas menyerang dan diketuai oleh Muhammad Indera, seorang Komunis Melayu yang memimpin 2 platun komunis Melayu. Pada awalnya, Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu hanyalah untuk memberi amaran sahaja, namun akhirnya berakhir dengan tragedi!

Serangan dijalankan daripada pelbagai sudut terutama di bahagian hadapan. Berikut ialah kronologi serangan:
4.15 pagi - serangan bermula dari segenap sudut

5.00 pagi – pasukan Polis Bantuan dan penduduk kampung digerakkan dari Kampung Jawa untuk memberi bantuan, namun diserang di pertengahan jalan.

7.00 pagi – pihak polis menawan isteri polis bernama Mariam Ibrahim dan Fatimah Yabaa dan anaknya. Diceritakan bahawa Mat Indera memaksa mereka supaya merayu supaya pihak polis menyerah. Mat Indera akhirnya membunuh Fatimah Yabaa manakala Mariam dicederakan.

10.00 pagi – pasukan bantuan sampai ke Balai Polis dan mendapati komunis berjaya membakar balai polis tersebut.

Pertempuran berlangsung selama 5 jam sehinggalah akhirnya pihak Komunis berjaya menawan balai polis tersebut dan membakar hangus balai polis tersebut. 14 orang anggota polis, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri kepada Abu Bakar Daud (seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian.

Berikut ialah nama-nama mereka yang syahid dalam pertempuran:

Anggota Polis
1. Sarjan 2493 Jamil bin Mohd Shah (Ketua Balai Bukit Kepong)
2. Koperal 7068 Mohd Yassin bin Haji Wahab (Timbalan Ketua Balai Bukit Kepong)
3. Lans Koperal 7186 Jidin bin Omar
4. Mata-Mata 9136 Hassan bin Osman
5. Mata-Mata 3933 Hamzah bin Ahmad
6. Mata-Mata 8600 Jaafar bin Hassan
7. Mata-Mata 7493 Muhamad bin Jaafar
8. Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
9. Mata-Mata 7862 Abu Kadir Jusoh
10. Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam
11. Mata-Mata Marin 68 Awang bin Ali
12. Mata-Mata Marin 181 Basiron bin Adam
13. Mata-Mata Tambahan 3475 Mohd Top bin Lazim
14. Mata-Mata Tambahan 3795 Jaafar bin Arshad
Polis Bantuan / Auxiliary Police
1. AP 2130 Samad bin Yatim
2. AP 1912 Mahmud bin Sa'at
3. AP 1925 Ali bin Akob
4. AP 2127 Othman Yahya
Keluarga Anggota
1. Fatimah binti Yaaba - isteri Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud
2. Hassan bin Abu Bakar - anak Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud
3. Saadiah - isteri Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
4. Simah binti Abu - anak Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
5. Arafah binti Yusoff - isteri Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam
Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
1. AP 2098 Redzuan bin Alias
2. Embong bin Lazim
3. Mendiang Koh Ah Cheng


Tragedi ini lalu difilemkan oleh seniman Jins Samsudin pada tahun 1981 dan menjadi antara filem yang klasik dan diingati sehingga kini. Filem ini berjaya membawa kembali kejadian tersebut sekaligus memberikan kesedaran tentang kekejaman komunis terhadap negara. Pada tahun 2015, KRU Studios mengambil inisiatif untuk memelihara filem ini dengan menukar format asal kepada High Definition!

Diolah dari: Wikipedia

Catat Ulasan

0 Ulasan