Qifarah merupakan filem pertama Ghaz Abu Bakar yang mana diterbitkan di bawah Skop Production. Ianya juga merupakan filem seram seumpamanya arahan pengarah berkenaan yang sebelum ini sinonim dengan permulaan francais Polis Evo.
Bercakap kepada team Suka Filem, Syamin Yusof menyatakan bahawa kerjasama antara Ghaz Abu Bakar dan Skop Production sememangnya dalam perancangan semenjak sekian lama. Pemilihan Ghaz sudah lama berlaku dan apabila dia mengarahkan siri original di Viu bertajuk Hilang, ianya menjadi satu penanda aras bahawa Ghaz Abu Bakar layak untuk mengarahkan Qifarah.
Qifarah merupakan filem seram yang menampilkan Remy Ishak, Sharifah Sakinah, Rita Nadira, Liyana Jasmay dan ramai lagi.
Ianya kini sedang ditayangkan di pawagam.
.jpeg)





0 Ulasan