Nanord Studio bakal hadir dengan filem terbaru mereka, Orang Perang yang bakal menjalani penggambaran tidak lama lagi. Filem ini diambil dari kisah perjuangan pasukan Senoi Praaq, atau dalam bahasa Melayunya Orang Perang. Senoi Praaq merupakan satu unit di bawah Polis Diraja Malaysia yang cukup unik kerana disertai kaum Orang Asli.
Hashim Rejab diberi peranan untuk mengarahkan filem ini. Pengarah yang popular dengan filem filem terbitan Metroweath itu mengakui bahawa penghasilan filem ini adalah satu cabaran yang cukup besar bagi dirinya.
Antara perkara yang menjadi cabaran ialah bagaimana untuk memenuhi kehendak penonton zaman sekarang yang memilih filem filem yang mempunyai wow factor. Ianya ialah kehendak biasa sebagai penonton dan sebagai pengarah, dia mencuba untuk menjadikan Orang Perang sebagai filem yang penuh dengan elemen yang penonton nak.
Orang Perang dibintangi oleh Niezam Zaidi, Adam Corrie, Fauzi Nawawi, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi!
Akan datang di pawagam.






0 Ulasan