'Anak Perjanjian Syaitan 2' Tayang Di Pakistan Dengan Tajuk Baru!

Filem seram tempatan Anak Perjanjian Syaitan 2 arahan Ahmad Idham terus mencipta sejarah apabila bakal memulakan tayangan di pawagam Pakistan pada 1 November 2024. Dengan tajuk versi Urdu, Gunah, filem ini berjaya menembusi pasaran luar negara, membuktikan kualiti karya anak tempatan dalam industri perfileman seram yang semakin mendapat tempat di peringkat antarabangsa. 


baju hangat malam jumaat: https://s.shopee.com.my/6V5K8J1qAp

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih para krew dan pengarah serta doa dan sokongan yang tidak putus-putus dari peminat di Malaysia. Tayangan di Pakistan membuka peluang besar untuk memperkenalkan lagi budaya dan kreativiti Malaysia ke pentas global. 

Pengarah filem ini, Ahmad Idham mengumumkan berita gembira ini di laman Facebooknya.


 Anak Perjanjian Syaitan 2 mengisahkan seorang gadis bernama Azlinda yang berdepan dengan pertarungan mistik yang telah menghantuinya sejak kecil. Walaupun dia telah disahkan menghidap penyakit keresahan atau 'anxiety disorder', Azlinda percaya bahawa apa yang dialaminya bukan sekadar masalah kesihatan mental. Dia yakin bahawa dirinya sedang diganggu oleh kuasa mistik yang sudah sebati dalam darah dagingnya. Kisah ini mengajak penonton menyaksikan perjuangan Azlinda menentang entiti ghaib yang cuba menguasai hidupnya, dan persoalan besar yang menjadi tumpuan ialah, adakah Azlinda mampu mengalahkan kekuatan mistik yang menghantui hidupnya? 

Ditayangkan di Malaysia pada 4 Januari 2024, filem ini berjaya mengutip RM3.5 juta. Ianya menampilkan lakonan Eyka Farhana, Alif Satar dan Fasha Sandha sebagai pelakon utama. 
===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan