James Cameron Sahkan 'Avatar 2' Balik Modal, Sekuel Akan Diterbitkan Seperti Perancangan

Filem terbaru arahan James Cameron, Avatar: The Way of Water kini disahkan sudah balik modal dan perancangan untuk sekuel seterusnya akan terjadi seperti dirancang. Filem Avatar: The Way of Water merupakan filem kedua dalam pengkisahan Avatar selepas filem pertamanya yang diterbitkan pada 2009.

Sehingga kini, Avatar: The Way of Water sudah mengutip lebih USD1.5 billion dan sudah pun disahkan sebagai untung besar bagi pengarah dan studio yang menerbitkan filem berkenaan. 

It looks like just with the momentum that the film has now that will easily pass our break even in the next few days, so it looks like I can’t wiggle out of this, I’m gonna have to do these other these other sequels. I know what I’m going to be doing the next six or seven years. The point is we’re going to be okay. I’m sure that we’ll have a discussion soon with with the top folks at Disney about the game plan going forward for Avatar 3, which is already in the can – we’ve already captured and photographed the whole film so we’re in extended post-production to do all that CG magic. And then Avatar 4 and 5 are both written. We even have some of 4 in the can. We’ve begun a franchise at this point. We’ve begun a saga that can now play out over multiple films.

 Sebelum ini, James Cameron menyatakan bahawa Avatar 3 dan seterusnya akan dibikin jika filem kedua sukses. Walaupun Avatar 3 sudah pun ada perancangan sebelum Avatar 2 dibikin, James Cameron nampaknya merancang supaya masa depan Avatar di tangannya tidak mengalami kerugian.

Avatar 3 dilaporkan akan memperkenalkan puak Na'vi Api yang mana tidak pernah dilihat dalam filem filem Avatar sebelum ini. 

Catat Ulasan

0 Ulasan