Finas Jawab Isu Kebenaran Tayang Filem Dengan Pelakon Panas 'Pulau: Siapa Pergi Dia Mati'

Beberapa hari lepas, media sosial dikejutkan dengan sebuah filem yang menampilkan pelakon panas yang bertajuk Pulau: Siapa Pergi Dia Mati. Filem yang turut menampilkan pelakon Melayu seperti Wan Hanafi Wan Su dan juga Aliff Satar itu dikecam kerana adegan adegan panas yang ditonjolkan dalam filem berkenaan.



Di ruangan komen page Suka Filem, ramai netizen memilih untuk tag Finas dan meminta untuk tayangan filem berkenaan dibatalkan. Dalam satu komen, seorang netizen meminta supaya Finas jangan meluluskan filem berkenaan tanpa potongan. 

FINAS secara amnya memberi bantuan kepada pengusaha dan penglibat industri sama ada dari segi galakan, latihan, bantuan kewangan, kemudahan produksi mahupun khidmat nasihat. Untuk penapisan filem, ianya di bawah tanggungjawab Lembaga Penapisan Filem. Dibawah Kementerian Dalam Negeri


 

Pulau: Siapa Pergi Dia Mati merupakan sebuah filem seram yang menampilkan pelakon panas, Ms Puiyi dan juga beberapa pelakon lain seperti Amelia Henderson, Alif Satar, Sanjana Suri, Nam Ron dan ramai lagi.

Filem ini diarahkan oleh Euho dan akan ditayangkan di pawagam 9 Mac 2023.  

===========================

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan