Beberapa minggu lepas, trailer filem Pulau mencetuskan polemik apabila trailer filem tersebut memaparkan adegan yang melanggar norma masyarakat Malaysia. Ramai yang menggesa filem berkenaan diharamkan tayangannya di pawagam.
Namun, menurut penerbit eksekutif filem Pulau, melalui artikel Malaysiakini bertarikh 18 Januari 2022 yang dipetik FilemKita, empat buah babak panas yang diminta potong oleh LPF sudah pun dibuang daripada filem berkenaan.
#FilemPulau diluluskan oleh LPF (Lembaga Penapis Filem) Malaysia pada Ogos 2022 dengan klasifikasi P13.
— FILEMKITA (@FilemKita) January 24, 2023
Empat adegan telah ditapis oleh LPF.
"Semua empat babak yang sepatutnya dipotong telah
pun dipatuhi daripada pihak kami" - Penerbit eksekutif Pulau (Malaysiakini, 18.1.2023) pic.twitter.com/2AnymTAHlg
Oleh itu, filem ini kekal dengan klasifikasi P13.
Menjengah ke laman Youtube juga, trailer filem Pulau yang mempunyai adegan panas kini dikenali sebagai trailer internasional. Trailer untuk pasaran Malaysia akan ditayangkan dengan babak-babak panas dibuang dari trailer asal.
===========================LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
==========================================
0 Ulasan